Friday, June 17, 2011

INILAH BARISAN KITA....

Pemuda UMNO turut berhimpun

kHAIRY Jamaluddin bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin menunjukkan risalah Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional yang bakal diadakan nanti selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/MOHD NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 16 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengumumkan akan turut mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai cadangan membaik pulih sistem demokrasi di negara ini.
Menegaskan ia bukan berniat untuk ‘beradu kekuatan’ dengan perhimpunan dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di samping itu katanya, perhimpunan itu bagi menyatakan beberapa perkara yang dianggap perlu diperbaiki seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang.
“Kami akan mohon permit dan bincang dengan polis mengenai laluan ke Istana Negara. Tetapi jika tidak mendapat permit sekali pun, perhimpunan itu akan tetap dijalankan kerana pembangkang juga tampak tidak mengendahkan ratusan laporan polis yang dibuat.
“Kami tidak berniat untuk bertembung. Setakat ini kami sudah mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terlalu awal menganggarkan berapa yang akan hadir tetapi kami rasa dalam puluhan ribu tidak menjadi masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan tersebut di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menjelaskan tindakan pemindahan pengundi pembangkang, beliau berkata, perkara itu dikesan berlaku di kawasan yang mana pembangkang meraih kemenangan besar seperti di Parlimen Batu Gajah, Ipoh Timur dan Ipoh Barat.
“Mereka pindahkan pengundi di kawasan Ipoh Timur dan Ipoh Barat ke kawasan Tambun yang dimenangi Barisan Nasional (BN). Begitu juga di tempat saya. Ia tidak masuk akal,” ujarnya.
Ditanya sama ada perhimpunan itu akan dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), ia tidak mustahil berlaku tetapi bergantung kepada ‘ideologi’ yang dibawa kedua-dua pihak.
“Niat kami bukan seperti Perkasa yang cuba menghalang perhimpunan Bersih. Kami membawa ideologi lebih konstruktif iaitu menyokong SPR dan bukan berniat untuk bertembung,” katanya.
Khairy turut memberitahu bahawa tarikh tersebut dipilih kerana tidak mahu menyusahkan warga kota sekiranya berlaku dua perhimpunan berbeza, berlainan hari.
“Alang-alang mereka sudah pilih 9 Julai, kita buat juga tarikh itu supaya warga kota tidak terbeban pada hari lain. Kita mahu tunjukkan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli pembangkang,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, Karnival Kerjaya Pemuda BN yang sebelum ini hanya diadakan di ibu negara, akan diadakan di negeri lain bermula di Kedah dari 1 hingga 3 Julai depan diikuti Pahang (15-17 Julai), Melaka dan Negeri Sembilan (22-24 Julai) dan Sabah (29-31 Julai).
‘‘Susulan kejayaan penganjuran karnival tersebut, ahli-ahli Pemuda di seluruh negara turut meminta agar ia diperluaskan. Sebab itu kita bawa karnival ini ke negeri-negeri,’’ katanya.
Put your stuff here

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]