Pembangkang guna Bersih seperti huru-hara 1998 KUALA LUMPUR 17 Jun – Pembangkang didakwa mahu menggunakan platform demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), untuk mencetuskan huru-hara seperti tahun 1998, bagi memastikan proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti. Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jika perbicaraan peringkat pembelaan diteruskan juga pada Julai nanti, ketua pembangkang itu bakal berdepan masalah besar, kerana semua bukti alibi yang cuba diketengahkan tidak ubah seperti senjata makan tuan. Menurut Zulkifli, pada 1998, dia antara individu yang menjadi dalang utama bagi mencetuskan keadaan huru-hara apabila bertindak membakar bangunan di Masjid India serta membaling bom api (molotov cocktail) di Sri Perdana selepas mendapat arahan daripada Anwar. Malah, dakwa beliau, arahan turut diberi supaya mereka membaling bom api di Stadium Nasional Bukit Jalil (sempena Sukan Komanwel) kerana Ratu Elizabeth II hadir pada ketika itu, selain menyebarkan dakyah kononnya Anwar disuntik virus HIV jika ditangkap polis. “Saya faham otak Anwar ini. Dia tidak mahu berdepan dengan pembelaan kerana jika bagi keterangan, Anwar tahu dia sangkut (kalah). Semua bukti alibi bagi menafikan dia berada di lokasi liwat telah hancur, rakaman CCTV (kamera litar tertutup) jelas dia di situ. “DNA (asid deoksiribonukleik) yang bersumberkan air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga disahkan pakar milik Anwar. Dia nak jawab macam mana? Dulu, dalam kes Azizan Abu Bakar bolehlah, tapi sekarang tidak. Anwar tahu rakyat lihat semua ini. “Bukti alibi seterusnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar tidak yakin dengan isterinya. Kita boleh bayang Wan Azizah dalam kandang saksi dan diasak bertalu-talu, pasti terbongkar. Dalam isu jam Omega, dia dah gelabah,” katanya di sini, hari ini. Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, apabila tiba peringkat pembelaan, pembohongan sukar dipertahankan dan jalan terbaik bagi Anwar, mengambil risiko dengan memperalatkan Bersih sehingga mencetus huru-hara. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya dijadikan kambing hitam untuk ‘menghalalkan’ demonstrasi Bersih kerana sebenarnya, ketua pembangkang itu tidak peduli pun soal sistem pilihan raya, tetapi apa yang penting adalah halang perbicaraan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat ingin berdemonstrasi agar mendapatkan gambaran sebenar daripada mereka pernah bermati-matian mempertahankan Anwar pada 1998, jika ingin mengenali siapa ketua pembangkang tersebut.e |
Saturday, June 18, 2011
MENGAPA PERLU HIMPUNAN BERSIH 2 JIKA RAKYAT DAH SOKONG MEREKA ?
Label:
BERSIH 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment