Friday, June 3, 2011

MUKTAMAR PAS KE 57.....


Pe-khalwat, perasuah, pengkhianat ... bersaing senget


Meskipun pemimpin PAS cuba menyembunyikan fakta bahawa “tidak wujud pepecahan pada pemilihan PAS kali ini”, jelas sekali dakwaan itu berlawanan dengan apa yang berlaku sekarang. Esok pemilihan PAS akan berlangsung…

Tmbalan Presiden bakal ditandingi oleh Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasharudin, sebagai penyandangnya.


Mat Sabu kini dikatakan sebagai calon “favorite” dengan pencalonan tertinggi. Manakala Nasharudin kelihatan goyah untuk mempertahankan jawatannya.

Dikhabarkan bahawa Tuan Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk bertanding untuk memecahkan undi yang ada pada Mat Sabu, bagi memenangkan Nasharudin sekali lagi. Dengan campurtangan Tuan Ibrahim, dijangka Nasharudin mampu mengalahkan Mat Sabu yang tidak digemari oleh geng pro-ulama PAS!

Apatah lagi, Harun Din juga telah meminta perwakilan kekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan kepada Hadi Awang!

Keadaan ini dikhabarkan telah menyebabkan Mat Sabu “hangin satu badan” dan bertindak untuk bersekutu dengan puak-puak Erdogan PAS. Tapi, dikatakan Erdogan PAS memberikan syarat kepada Mat Sabu agar dia menggunakan pengaruhnya untuk memenangkan Husam, Mohd Amar dan puak-puak Erdogan lain yang bertanding….

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula akan memperlihatkan pertandingan 6 penjuru! Memang dah panas pun! Mahfuz, Salahuddin, Nizar, Husam, Mohd Amar dan Idris Ahmad bakal berentap esok!

Memang panas gila sekarang ni. Mereka difahamkan sedang sebok berkempen “dalam gelap”!


Pok Nik awal-awal lagi sudah memberi sokongan (endorsement) kepada Husam dan Mohd Amar dengan alasan “pemimpin PAS Kelantan wajar dibawa ke PAS Pusat untuk berkongsi pengalaman”. Namun, semua tahu bahawa Pok Nik sememangnya menyebelahi puak-puak Erdogan!

Maklumlah…diakan anti pro-ulama yang mahukan Kerajaan Perpaduan yang membawa agenda perpaduan umat Islam!


Selain itu, beberapa blog turut mendedahkan bahawa Husam menabur wang sebanyak RM300,000 kepada Kickdefella untuk melobi jawatan yang ditandinginya kali ini. Meskipun Husam menafikannya dan dikhabarkan bakal menyaman RBF, namun hakikatnya, Kickdefella yang sebelum ini turut mengaku penglibatannya menerima wang dari Husam untuk berkempen untuk Husam turut menghangatkan keadaan!


Nizar pula dikhabarkan sudah naik hangin dengan kempen secara “gelap” oleh Husam, apatah lagi Pok Nik tak “endorse”kan namanya sekali dalam sokongan yang diberikan pada Husam dan Mohd Amar. Dikhabarkan Nizar mula sabotaj Husam dan mendedahkan keburukan-keburukan Husam!

Itu belum lagi saya dedahkan permainan Mahfuz, Salahuddin, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin PAS yang bertanding.

Sebenarnya, meskipun pemilihan kali ini cuba disembunyikan kepincangannya, hakikatnya pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, mengakui bahawa pemilihan kali ini yang paling sengit dalam sejarah PAS!!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]