Monday, June 20, 2011

NEGARA KEBAJIKAN KHUSUS UNTUK KELANTAN

Buktikan model negara kebajikan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my
MACHANG 19 Jun – Pas Kelantan diminta mengemukakan model projek negara ‘berkebajikan’ berasaskan Islam yang berjaya dilaksanakan oleh parti itu sepanjang memerintah negeri ini lebih 20 tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak wajar menuduh UMNO melaksanakan projek-projek yang tidak menepati kehendak Islam, jika mereka sendiri gagal membuktikannya.

“Walaupun diberi peluang dalam tempoh yang panjang, setahu saya tiada apa-apa model yang boleh ditunjukkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa projek-projek kebajikan yang dilakukan oleh UMNO tidak menepati kehendak Islam.

Menurut Ahmad Zahid, setiap tahun Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM78 juta untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam pelbagai bidang termasuk subsidi kepada golongan petani dan nelayan, orang tua, orang kurang upaya (OKU), buku teks dan bantuan wang kepada pelajar miskin.

“Adakah pemberian itu tidak berasaskan Islam?" katanya Menteri Pertahanan itu.

Justeru, beliau berharap, rakyat bijak membuat penilaian terhadap perjuangan Pas yang tidak konsisten berbanding UMNO yang terus mendokong perjuangan agama dan bangsa.

Katanya, konsep negara berkebajikan yang kini diperjuangkan oleh Pas hanya bagi mengaburi mata rakyat berikutan kegagalan mereka menegakkan negara Islam yang diimpikan akibat bekerjasama dengan DAP.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]