Sunday, June 5, 2011

PAS DI CUCUK HIDUNG....


Anwarisme tentukan hala tuju PAS
 

DARI KIRI; Datuk Haron Din,  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuang undi pada Muktamar Tahunan  PAS kali ke-57 di Taman Melewar. - Foto Sairien Nafis
DARI KIRI; Datuk Haron Din, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuang undi pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Taman Melewar. - Foto Sairien Nafis
Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

“Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

“Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai ‘kacau daun’ menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun,” katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.
“Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua,” katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional.

INFO

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2011/2013

PENGERUSI TETAP
Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Ismail

PRESIDEN
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu (420 undi)

NAIB PRESIDEN

Datuk Husam Musa (660 undi)
Datuk Mahfuz Oma (616 undi)
Salahuddin Ayub (753 undi)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Abdul Ghani Abdul Rahman (430 undi)
Abdul Ghani Shamsuddin (579 undi)
Abdul Wahid Endut (556 undi)
Datuk Abu Bakar Chik (527 undi)
Amiruddin Hamzah (576 undi)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (421 undi)
Dr Dzulkefly Ahmad (702 undi)
Hanipa Maidin (735 undi)
Datuk Dr Hassan Mohamad Ali (437 undi)
Datuk Kamarudin Jaffar (739 undi)
Khalid Abd Samad (643 undi)
Datuk Dr Mahfodz Mohamed (449 undi)
Mazlan Aliman (804 undi)
Datuk Mohd Amar Abdullah (470 undi)
Dr Mohd Hatta Md Ramli (765 undi)
Dr Mujahid Yusof Rawa (651 undi)
Nuridah Salleh (416 undi)
Dr Siti Mariah Mahmud (445 undi

Oleh Rohaniza Idris
bhnews@bharian.com.my
2011/06/05

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]