Friday, June 3, 2011

PAS SENGAJA POLITIKKAN TARIF ELELTRIK....MENGAPA?

Put your stuff here
Tarif elektrik: K’jaan bukan cari populariti, kata TPM
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by admin


Kerajaan persekutuan mengakui keputusan menaikkan tarif elektrik yang diumumkan semalam mengambil kira kepentingan negara dan rakyat untuk jangka masa panjang dan bukannya soal populariti, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya kesan akan lebih buruk kepada negara jika kerajaan terus mengekang kenaikan harga.
“Kita bukan ambil kira soal populariti atau pun tidak. Kita buat keputusan berdasarkan kepada kenyataan yang perlu kita dihadapi. Saya percaya semua rakyat pun tahu dan ini bukan fenomena Malaysia tetapi fenomena global.
“Ini bukan soalan populariti. Sudah tentu, kita tidak akan jadi popular apabila harga apa-apa sahaja dinaikkan.
Read More
0 Comments
Elektrik: BN main silap mata dengan rakyat
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by admin

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sedangkan pada 25 Mei lalu kabinet memutuskan petrol RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat.
Tiba-tiba, katanya rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif elektrik 7.12% bermula 1 Jun (esok).
Katanya, menjadi kebiasaan akhbar Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk “Tiada Kenaikan Guna 300 kWj”.
“Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat.
Read More
0 Comments
Tinjauan orang ramai: Rakyat terbeban kenaikan tarif elektrik
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini akan menambahkan beban yang sedia ada malahan memberikan kesan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia.
Perkara ini jelas menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan yang diumumkan kerajaan semalam.
Mahmud Awangluddin, 43, ketika ditemui wartawan menyatakan ketiadakpuasan hatinya apabila kerajaan menaikkan tarif elektrik.
Katanya, meskipun kenaikan itu tidak dikenakan kepada pengguna secara langsung, namun harga barang dan perhidmatan lain dijangka akan meningkat.
“Kita akan tambah terbeban, tidak cukup dengan harga minyak, gula, kini elektrik pula. Susah mahu meneruskan hidup kalau kerajaan sentiasa naikkan harga keperluan,” katanya meluahkan kekecewaan.
Read More
0 Comments
Tarif elektrik: Harga barang akan naik, inflasi meningkat.
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.
Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.
“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.
Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.
Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.
Read More
0 Comments
Tarif elektrik dinaikkan setiap enam bulan
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Tarif elektrik di negara ini dijangka akan dinaikkan setiap enam bulan supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through‘ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan, lapor Malaysiakini.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini mendakwa Tenaga Nasional Berhad dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal
Read More
0 Comments
Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu
Posted on the May 30th, 2011 under Tempatan by admin

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.
“Ini bermakna, 7.5 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
“Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung,” katanya.
Read More
0 Comments
Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
Posted on the May 30th, 2011 under Tempatan by admin

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011

PM: Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP
Posted on the May 31st, 2011 under Politik by admin


Pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini berikutan pengenalan mekanisme ‘Fuel Cost Pass-Through’ yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat,” katanya.
Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.
“Dengan perkataan lain, ia terus kepada pengguna… Ia adalah sistem melalui tarif jadi tidak ada sesiapa yang bermanfaat,” kata Najib kepada pemberita semasa menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 di Petaling Jaya.
Read More
0 Comments
Menteri: K’jaan tiada kuasa dedah kontrak IPP
Posted on the May 31st, 2011 under Tempatan by admin


Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.
PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]