Sunday, June 5, 2011

PENAFIAN 'ERDOGAN"OLEH HAJI HADI KERANA APA SEBENARNYA?

Hadi nafi barisan baru pro-Anwar

PPUBJ : Kini beliau dikelilingi oleh tean "Erdogan",Suara Nik Ajis semakin relevan dalam menentukan kepimpinan PAS, "Anwar and the gang" dapat mempengaruhi golongan muda PAS khususnya kumpulan yang mahukan pembaharuan, Matlamat Negara Islam kini hanya tinggal retrorik, pembangkang kini fokus kepada "on the road to Putra Jaya"

KUALA LUMPUR 4 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tanggapan bahawa barisan kepimpinan baru parti itu terdiri daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau berkata, selaku parti paling berpengalaman dalam pembangkang, perwakilan Pas yang bertanggungjawab memilih barisan tersebut membuat keputusan atas pilihan sendiri, bukannya kerana pengaruh individu tertentu.

Pada masa sama, Abdul Hadi juga menafikan andaian beliau bakal berdepan masalah besar untuk mengurus dan bekerjasama dengan 'barisan Erdogan' kerana katanya, semua pihak menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka.

"Kita bekerjasama dengan semua pihak dan Pas tidak terikat dengan individu tertentu dalam pemilihan pucuk pimpinan. Barisan baru ini ditentukan oleh perwakilan, bukannya dilantik oleh mana-mana pemimpin luar.

"Pas adalah parti tertua (dalam pakatan pembangkang) dan kita pernah melalui perlbagai ujian politik jadi kita terima sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin," katanya pada sidang akhbar di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan semua calon ulama bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden selain, lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu turut diisi oleh pemimpin profesional yang dilabel pro-Anwar.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang dilihat cuba 'bermain' selamat setiap kali menjawab soalan pemberita berkata, beliau gembira dengan kematangan perwakilan sehingga berani membuat perubahan kepada pucuk pimpinan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan para perwakilan Pas sendiri yang menyalahkan ucapan dasar beliau sebagai punca kekalahan calon ulama, Presiden Pas itu memberitahu, Pas bukan sebuah parti yang diktator.

"Kalau ada pun perubahan dalam pucuk pimpinan itu biasalah. Bila kita hadapi musim baru, maka perabot dalam rumah kita alih, bila alih, bunyi bising tapi orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, cuma alih perabot," katanya berkias.

Kepada soalan tidakkah beliau bimbang hayat kepimpinan ulama akan berakhir, Abdul Hadi berkata, ia bukan perkara baru dan pada ketika ini Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mencelah: "Perlembagaan tidak menghalang, Pas parti terbuka bukan hak eksklusif golongan tertentu," katanya.

Sementara itu, menjawab dakwaan Dewan Muslimat Pas bahawa barisan kepimpinan dahulu tidak agresif menyebabkan ia ditolak perwakilan beliau berkata, sifat agresif dalam parti ada pasang surutnya.

"Agresif atau tidak agresif ini ada volume (pasang surut). Sejauh mana volume itu bergantung kepada suasana pada masa itu, namun demikian mereka yang kalah tetap akan bersama kepimpinan," jelasnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]