Wednesday, June 29, 2011

UMNO JASIN PERLUKAN GENJATAN SENJATA SEBELUM PRU 13?


PRU 13 yang bakal berlangsung, bolehlah diibaratkan di antara "hidup atau mati" UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kenyataan ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan oleh YAB Timbalan Presiden bahawa pilihanraya umum yang akan datang adalah satu medan pertembungan yang sengit di antara BN dan juga pembangkang. Pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan BN malah pembangkang turut sibuk meramalkan bilakah "tarikh" tersebut. Jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri.

Melihat kepada senario semasa politik di Jasin, genjatan senjata, itulah tindakan terbaik yang perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli UMNO sebagai persediaan menhadapi pilihanraya umum ke-13. Persoalan ini tiada kena mengena dengan pembangkang, sebaliknya berdamai sesama sendiri bagi memastikan UMNO Jasin terus kukuh dan bukannya dilemahkan oleh ahli parti sesama sendiri, semata-mata mengejar kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.

Jika dilihat kepada kepada program dan juag Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ternyata masih belum ada cukup momentum atau motivasi yang kuat untuk menghadapi ledakan pembangkang ketika berkempen pada PRU ke- 13 nanti. Masih ada lagi Ketua -Ketua UMNO Cawangan yang liat untuk berkursus manakala Wanita, Puteri dan Pemuda juga ada masalah yang tersendiri. 

Bahagian Jasin boleh dianggap sebagai kawasan kubu kuat BN atau tradisinya begitu ternyata gelombang "tsunami" PRU ke -13 adalah dua kali ganda kekuatannya. Bersediakah kita untuk ini? Keputusan PRU ke-12 juga menunjukkan bahawa majoriti kemenagan calun BN jauh tersasar jika hendak dibandingkan dengan PRU 11 pada 2004? Persoalannya setakat mana kita belajar adri pengalaman lampau dan cuba memperbaikinya?

Kepimpinan UMNO Bahagian tidak digalakkan untuk menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti. 

Mesej ini bukannya kali pertama disampaikan dan dinyatakan oleh pucuk kepimpinan parti. Sudah berbuih mulut, nasihat dan teguran dibuat tetapi masih ada pemimpin bahagian yang memekakkan telinga . Mereka terus bersilat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemimpin dan ahli parti perlu menyelesaikan apa jua masalah pada peringkat bahagian dan cawangan masing-masing dengan mengetepikan soal untuk merebut dan mengekalkan jawatan atau siapa mahu jadi calon. PRK Merliamu baru sahaja berlalu dan wajar dijadikan pengajaran untuk menghadapi PRU ke -13 .


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]