Wednesday, June 15, 2011

Mat Sabu boleh mendidik ahli dari "menghasut" ?

Utusan Malaysia Online - Politik

'Mat Sabu tutup isu kemenangan'

KUALA LUMPUR 14 Jun - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh mempromosikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) membuktikan pemimpin itu mahu menutup isu kemenangannya yang tidak disenangi banyak pihak dalam parti.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, lebih memalukan, tindakan itu juga menjelaskan lagi kepada ahli Pas bahawa Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak mempunyai kepakaran atau 'modal' lain untuk mendekati rakyat.

Menurutnya, ini kerana Mat Sabu bukannya dari golongan ulama atau mempunyai latar belakang agama mahupun seorang profesional seperti kebanyakan pemimpin Pas lain.

"Sebenarnya beliau mahu mengheret penyokong Pas ke dalam kancah permainan politik beliau. Selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai yang yakin kemenangan beliau telah diatur oleh beberapa pihak yang mahu mempergunakan Pas bagi memecah belah orang Melayu.

"Mat Sabu sebenarnya mahu menutup isu kemenangan beliau dengan membuktikan bahawa beliau mempunyai pengaruh besar di dalam Pas. Nyata sekali, Mat Sabu tidak jujur dan ikhlas memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan.

"Beliau hanya mempunyai kemahiran untuk mensensasikan isu dan perhimpunan haram ini dilihat sebagai peluang yang besar untuk beliau eksploitasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan nombor dua tertinggi Pas dilihat agresif mengajak masyarakat supaya menyertai Bersih 2 yang dianjurkan pembangkang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 9 Julai ini.

Justeru, Tengku Amalluddin menasihatkan Mat Sabu supaya mendidik penyokong Pas terlebih dahulu ke arah menghormati undang-undang negara dan bukan sebaliknya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Mat Sabu, Pengerusi Bersih 2, Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain yang mahu menjayakan perhimpunan itu.

Katanya, ini kerana tindakan para pemimpin itu boleh diklasifikasikan sebagai satu hasutan untuk mengajak rakyat melakukan kekacauan di kawasan sekitar ibu kota.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]