Saturday, July 30, 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, satu forum antarabangsa bersama beberapa delegasi jemputan dari luar negara akan diadakan pada 28 dan 29 November sempena dengan perhimpunan itu nanti.

“Mesyuarat pramajlis akan diadakan pada 29 November,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, perasmian bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan pada sebelah malam pada 29 November diikuti perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO itu keesokannya.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengikut jejak langkah pembangkang yang berhasrat untuk meningkatkan kempen politik mereka di sepanjang bulan puasa nanti, kerana menghormati kemuliaan Ramadan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]