Monday, August 15, 2011

HARAPAN PEMBANGKANG DI JASIN...


Faktanya pembangkang tak pernah menang dalam sejarah PRU dan PRK di Jasin baik Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri. Walau pun demikian , sejak PRU pertama hingga kini undi yang diperolehi oleh pembangkang semakin meningkat, yang paling hampir adalah PRU pada 2008. Dakwaan pembangkang ini adalah kemenagan moral kepada mereka. Hakikatnya dalam sistem demokrasi, istilah itu tak ada yang ada sama ada menang dan kalah. main politik ni, biarlah berpijak di alam nyata atau praktikal. Lebih-lebih lagi istilah kini yang dipanggil politik nombor. 1 undi pun dikira menang.

Sejak pembangkang bertukar Ketua, nampaknya semakin giat dan rancak program ceramah yang diadakan. Mengambil bahagian dalam setiap isu yang diperkatakan diperingkat nasional mahu pun domestik demi untuk menawan hati dan jiwa pengundi. Itu hak mereka, baguslah begitu, setidak-tidaknya ia melahirkan rasa cemburu kepada kepimpinan UMNO Bahagian untuk buat sesuatu. Itu pun kalau mereka rajin dan bersemangat untuk menang. Kebiasaannya yang bekerja kuat akan menang, cuma masa dan keadaan yang menentukan.

Soal harapan untuk menang tu, tetap ada.... ini realiti yang kita kena terima dalam sistem politik demokrasi....sekiranya pengundi atas pagar melakukan swing vote.... almaklumlah ramai orang Melayu yang tak jadi ahli pari mana-mana pertubuhan politik.... harapan tetap ada.....kena strategi yang betul.......

Kepada BN khususnya UMNO di Jasin, lebih tetap lagi kepimpinan disemua peringkat....jangan lah terlalu "politiking" hingga lupa tugas dan cabaran yang bakal dihadapi ketika PRU 13 yang bakal menjelang. Jangan pula asyik nak pastikan jawatan YB tu kekal selama-lamanya. Ingat ini bukannya jawatan warisan. Rasa-rasa jika tak mampu baiklah berundur beri peluang kepada pemimpin lain...jangan sampai pengundi menolak......Beri kepercayaan kepada Presiden parti untuk pilih calon yang boleh menang dan disukai pengundi dan masyarakat.,...  

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]