Monday, January 30, 2012

BILA HATI TAK SUKA......

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ( gambar ) hari ini dengan sinis 'mempersilakan' bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.
"Biasalah orang kena pecat akan jadi macam itulah. Dia boleh kata apa saja sebab dia bukan lagi ahli Pas dan kita tak kisah, biarlah dia nak kata apa saja," ujarnya.

Kepada satu soalan, Harun turut menolak dakwaan Hasan bahawa Pas melarang ahlinya menghadiri program Himpun, sebaliknya menjelaskan, adalah terpulang kepada ahli parti itu sama ada ingin menyertainya atau tidak.

"Seperti yang pernah kita nyatakan sebelum ini, kita tak larang ataupun galakkan mereka (ahli) untuk turut sertai Himpun, terserah kepada mereka," tambahnya.

Nampaknya PAS dan bekas Exco dah berkerat rotan dan berpatah arang. Malah Presiden pun dah merajuk tak mahu bertanding atau satu sendiwara menjelang PRU 13......

 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]