Saturday, January 28, 2012

SAMPAI BILA NAK "MENONGKAT" JAWATAN?




Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Haji Hadi Awang menawar untuk tidak bertanding pada PRU 13 membuka satu lembaran baru dalam senario dalaman PAS. Alasan yang diberikan telah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Itu yang keluar pada muka hadapan akhbar Sinar 28 Januari 2012. Ini membolehkan beliau bergerak seluruh negara atas kapisiti sebagai Presiden PAS. Namun jika dipilih beliau hanya menawarkan satu kerusi sahaja.

Persoalannya tidakkah calon-calon untuk parti PAS akan ditentukan oleh AJK parti dimana beliau terlibat sama sebagai Presiden? Yalah Yg Bhg Tun Mahathir pun dalam lama lepaskan jawatan. Yang lebih penting Yg Bhg Tun tahu bila nak turun.... Bercakap pasal umur ini, di Dewan Rakyat ada 40 orang yang dah pun 'line pencen'misalnya Tun Abdullah, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tan Sri Aziz, Datuk Mohammad Aziz, Tan Sri Hamid Albar malah Datuk Nik Aziz MB Kelantan pun (sekadar menyebut beberapa lama)....

Selalunya menurut kebiasaan, orang politik akan kata penglibatan mereka kerana penyokong mahukan mereka terus berkhidmat......tetapi kini macam ada sesuatu yang tak kena pulak. Apa pun sebab sebenar beliau mengeluarkan kenyataan demikian hanya beliau dan Allah saja yang tahu... Penulis juga nak lihat bila lagi agaknya waris-waris mereka untuk memimpin kepimpinan parti. Yang jelas Allahyarham Tun Razak telah pun "mewariskan" kepada anakandanya menerajui parti.

Begitu juga dengan Ketua-Ketua Bahagian yang rasa dah berusia dan beberapa penggal memegang jawatan fikir-fikirlah sampai bila nak MENONGKAT JAWATAN demi mengejar habuan dunia dan kepentingan peribadi sehingga menyusahkan Presiden dan jentera parti untuk menghadapi PRU 13? Berilah peluang dan ruang kepada orang muda pulak, jika tidak sampai bila pun orang muda tak belajar memimpin....Dan yang lebih penting lagi tidak menyusahkan Presiden parti untuk memilih calon boleh menang. Keputusan mesyuarat majlis tertinggi parti semalam menjelaskan lagi perkara ini. Bila tak terpilih tu, macam-macam ragam boleh dilihat....jadi arahan tersebut sangat relevan bagi memastikan UMNO/BN dapat mencapai kejayaan dalam PRU 13.





No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]