Wednesday, February 29, 2012

KONSEP MELAYU



Konsep Melayu

Menurut Abdul Rahman Embong (2000), terdapat tiga pendekatan Melayu. Pertama konsep Melayu yang menggunakan kesamaan bahasa dan budaya seperti yang terkandung dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Menurut beliau, Melayu secara fizikalnya berkulit ciku masak (sawo matang) yang
terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang mendiami alam Melayu yang juga dikenali sebagai nusantara. Dari segi linguistiknya, Melayu bertutur dalam bahasa asasnya iaitu bahasa Melayu-Polinesia. Melayu 196
dipecahkan kepada ratusan suku bangsa dan etnik yang mempunyai perbezaan lokasi, dialek dan cara hidup.

Kini, Melayu menjadi sebahagian besar penduduk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina manakala di Singapura, Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, dan Afrika Selatan  Melayu menjadi kumpulan populasi yang minoriti (Abdul Rahman 2000). Pendekatan kedua yang menerangkan konsep Melayu ini ialah kepada penggunaan nama Melayu itu sendiri.

Menurut Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah nama Melayu dikatakan di  Palembang Sumantera. Untuk tarifan pendekatan ini Melayu tidak termaksud mereka daripada etnik Jawa, Banjar, Acheh dan kelompokkelompok yang sama dengan budayanya. Pendekatan ini bermaksud Melayu adalah etnik yang terdapat di Palembang sahaja.

Pemahaman tentang Melayu ini bersesuaian dengan pengertian etnik Melayu di Indonesia yang tidak merangkumkan berbagai-bagai etnik diIndonesia sebagai ‘bangsa Melayu’ tetapi Melayu itu hanya satu suku etnik yang kecil. Pengertian ini berbeza dengan Melayu di Malaysia yang merangkumi berbagai suku seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Rawa dan Mandaling sebagai ‘bangsa Melayu”.


Manakala pendekatan ketiga pula dalam mentakrifkan konsep Melayu ialah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu Fasal 160 yang mentarifkan Melayu adalah seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan i) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil diPersekutuan atau di Singapura ; atau ii) ia adalah keterunan seseorang tersebut (Perlembagaan Persekutuan 2003, Syed Husin 1979).

Menurut Syed Husin (1979), pengertian Melayu dapat dilihat melalui dua sudut iaitu sudut sosiobudaya dan juga perlembagaan. Dari sudut sosiobudaya orang Melayu bukan sahaja terdapat di 197 Semenanjung  tetapi juga di tempat lain seperti kepulauan Filipina dan Indonesia yang disebut Nusantara. Walaupun bertutur dalam dialek dan loghat yang berbeza serta berbeza agama, para sarjana beranggapanmereka ini daripada rumpun yang sama. Ini dapat dibuktikan dengan seorang tokoh nasionalis Filipina Jose Rizal dengan ungkapan ‘the pride of the Malay race’ walaupun beliau tidak beragama Islam (Wan Hashim, 1996). Ikatan rumpun Melayu ini dipisahkan oleh penjajah barat di rantau ini, misalnya  British di Malaya dan Brunei, Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Oleh itu, kewujudan Melayu adalah berasaskan negara, iaitu Melayu Malaysia, Melayu Indonesia dan Melayu Brunei (Syed Husin Ali 1979,10)

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]