Semakin dekat PRU 13, semakin kerap kedengaran semua parti politik sedang sibuk agihkan kerusi sama ada parlimen mahu pun DUN. Jika kena caranya maka selesailah masalah tersebut jika sebaliknya sudah tentu akan kedengaran suara sumbang dan sebagainya.
Seperti biasa BN dengan berkonsepkan perkongsian kuasa dan pemaufakatan dalam BN yang terjalin sekian lama pembahagian kerusi dijalankan menerusi mesyuawarah. Dan kini ditambah pula dengan 'winnable dan likeable' bagi memastikan calon yang bertanding menang dengan selesa.
Begitu juga dengan PR. Kebiasaan nya PKR akan mendahului rakan-rakan sepakatan ddari segi jumlah kerusi yang bertanding, kemudian DAP dan akhirnya PAS. Walau pun PAS sering terkebelakang dari segi jumlah kerusi namun ianya diberi advantage dari segi kerusi DUN di negeri Pantai Timur dan juaga Utara Semenanjung.
PRU 13, sering dianggap sebagai Ibu Pilihanraya. Sudah tentu PRU 13 menjanjikan pertembungan yang lebih menarik dengan kehadiran calon bebas, yang belum tentu bertanding menggunakan logo parti mana atau meneruskan kesinambungan dengan logo parti bebas. Jika ini berlaku sudah tentu kali ini menyaksikan kerusi pertandingan adalah 3 atau 4 penjuru dengan kehadiran wakil NGO seperti JATI mahu pun PERKASA.
No comments:
Post a Comment