Monday, March 26, 2012

ANALISIS CALON BOLEH MENANG PRU 13.


‘winnable candidate’ (calon boleh menang)


Kita rumuskan apa ‘winnable candidate’ itu supaya setiap kerusi yang kita bertanding, kita cuba tampilkan calon yang ada peluang terbaik untuk menang. Tapi ‘winnable candidate’ kita ini bukan saja kita lihat daripada segi kebolehan dan rekod kerja yang baik, tetapi juga penerimaan daripada sudut masyarakat tempatan termasuk jentera parti. 

Kalau jentera parti menolak, seorang yang ada kebolehan pada akhirnya dia tidak akan berjaya. Sebaliknya, kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan tekankan orang itu, mesti merupakan calon kerana berdasarkan hirarki, tetapi calon kita itu tidak mungkin berjaya, apa yang berlaku ialah calon kita akan gagal. Jadi ‘winnable candidate’ ini mesti difahami. 

Kita mesti yakinkan kepada jentera (pilihan raya parti) untuk menerima siapa yang kita tonjolkan, kalau tidak sukar hendak mencapai kejayaan. Sebaliknya, kalau ‘winnable candidate’ itu yang ditampilkan oleh kelompok dalam sesuatu bahagian, tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tidak akan berjaya. 

 Identifikasi mengenai ‘winnable candidate’ ini. 

Kita sekarang belum lagi muktamad (mengenai calon). Kita mesti membuat penilaian secara objektif, bukan saja subjektif. Ini yang paling penting sekali. Calon yang dipilih bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi, tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan. Soal menentukan calon ini adalah satu soal yang sangat mencabar dan sukar dilakukan. Mustahil kita dapat memberi kepuasan kepada semua orang. Mengikut pengalaman saya selama 35 tahun dalam politik, tidak pernah berlaku dalam pilihan raya (membuat keputusan mengenai calon yang memuaskan semua pihak).
 
Tetapi apapun keputusan yang dibuat parti, pada kesudahannya kita kena terimalah sebagai orang berparti keputusan parti, walaupun tidak mengikut selera atau kehendak kita. Saya telah mengalami banyak peristiwa di mana saya lihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan yang dibuat parti tidak disenangi, tetapi dia terima.
 
Tapi jika diterima keputusan itu, calon itu akan menang, tetapi sebaliknya kalau dia terus menentang, dia hendak kata apa hendak jadi jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tidak setia pada parti, dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah, maknanya kita akan kehilangan kuasa. Sepatutnya apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 di mana kita (BN) tewas lima negeri adalah satu pengajaran yang seharusnya tidak dilupai oleh kita.
 
Dan akibat daripada punca kekalahan itu mesti kita sedar. Saya tidak menafikan kadang-kadang kita tidak dapat memuaskan hati semua penyokong kita pada peringkat bahagian, sebab itu saya kata sejak awal lagi mustahil kita memberi kepuasan 100 peratus kepada ahli dalam satu bahagian sebab di peringkat bahagian, mereka pun tidak sependapat. Apa yang harus ada ialah disiplin parti dan kesetiaan kepada parti. Maknanya bila sampai pada masanya keputusan itu (pemilihan calon) diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti.




Persediaan jentera parti. 


Sebagai sebuah parti, bila menjelang tiba cabaran yang sangat besar, yakni pilihan raya umum, maka parti mesti berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang sepenuhnya. Kesiapsiagaan yang saya maksudkan ini ialah secara menyeluruh dan komprehensif sama ada dari segi latihan, keilmuan, logistik mahupun dari segi mindset kita, iaitu kerangka minda kita, untuk memberi tumpuan kepada sebarang usaha yang boleh mengukuhkan parti kita, dan sebaliknya untuk mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh melemahkan parti. 


Jadi pendekatan kita mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni pihak lawan.


Yalah, jika kita gunakan analogi perang, maknanya sebelum tembakan pertama diletupkan, maka sebarang angkatan tentera kena melalui proses latihan dan persediaan dari segi strategi dan persediaan dari segi logistik, kelengkapan.


Semuanya ini mesti kita lakukan dalam keadaan sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan yang kita harapkan. Tidak kurang penting juga ialah nilai asas kita dalam menentukan kita boleh menang dalam sebarang peperangan, iaitu nilai seperti ketaatan dan kesetiaan, disiplin, kesungguhan membuat kerja, semangat berpasukan. Semua ini, nilai asas yang kita mesti hayati dan kita tidak boleh kompromi dalam hal ini. Jika tidak parti kita boleh kecundang dalam kawasan yang berkenaan.

 
Kita kalau ada mental strength (kekuatan mental) dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar, walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi. Tetapi jika kita kental dari segi kekuatan minda dan semangat kita pun kukuh,


 Sokongan pengundi muda 

40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Kita dapati bahawa usaha ini mesti merupakan usaha secara bersepadu, walaupun Pemuda dan Puteri mewakili generasi muda, tetapi mereka juga memerlukan keprihatinan daripada kerajaan dan pucuk pimpinan untuk mereka merealisasikan apa-apa tuntutan yang mereka lakukan bagi pihak orang muda atau generasi muda.

Umpamanya, bila kita buat projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA), kita memansuhkan bayaran pendahuluan 10 peratus dan kita hendak menjual rumah pada harga amat berpatutan dengan 100 peratus pinjaman. Ini adalah satu yang berbangkit dalam makmal Pemuda BN yang mencadangkan kepada kerajaan, tetapi Pemuda sendiri tidak boleh menterjemahkan ini dalam bentuk sesuatu dasar atau program. 

Ini memerlukan pertimbangan kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat peka dan prihatin kepada kehendak dan tuntutan generasi muda. Saya sendiri terbabit dengan pelbagai program secara langsung secara khusus dengan generasi muda.

 Jadi, maknanya, walaupun saya bukan orang muda... walaupun saya rasa saya muda (ketawa), tetapi maknanya kita mesti melakukan pendekatan dengan generasi muda seperti mana juga dengan wanita, seperti mana juga dengan warga emas, kelas pertengahan dan pelbagai lagi kelompok dalam masyarakat.  

PERANAN AHLI PARTI

Namun mesej paling penting kepada perwakilan dan ahli UMNO seluruhnya adalah seperti ditegaskan Presiden UMNO , mereka mesti mengutamakan parti melebihi kepentingan diri. Kita setuju bahawa bagi mencapai matlamat disasarkan itu, semua ahli parti mesti memperlihatkan iltizam serta kesungguhan melakukan pengorbanan dan tidak membiarkan kepentingan peribadi mengatasi agenda lebih besar iaitu kemenangan parti.

Ini bermakna ahli serta perwakilan hendaklah mengikiskan sikap menyertai parti untuk mendapat keuntungan diri sendiri. Apa yang perlu ada dalam sanubari setiap ahli UMNO, seperti yang dikehendaki Presiden UMNO itu bukan saja semangat, tetapi juga perasaan ‘cinta dan kasih’ serta kesanggupan untuk berkorban demi kelangsungan parti dan orang Melayu. 

Mereka tidak perlu melakukan sesuatu yang membahayakan diri atau bergolok bergadai kerana perjuangan. Apa yang diharapkan hanya jangan tunduk kepada tuntutan mana-mana kelompok dalam parti yang mementingkan diri. Faktor kepentingan peribadi inilah yang menjadi antara faktor kekalahan calon BN dalam PRU-12 pada 2008.

Justeru, adalah menjadi harapan pucuk pimpinan parti agar semua ahli UMNO mengekalkan prinsip perjuangan dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh merugikan parti kerana ia akan melemahkan perjuangan dan akhirnya memberi kelebihan kepada pembangkang. Perhimpunan agung kali ini adalah wadah bagi membuktikan perpaduan di kalangan ahli dan memperkukuhkan komitmen terhadap perjuangan parti. Kini segala keputusan berada di tangan perwakilan dan ahli UMNO. Jika kemenangan yang dicari dan mahukan UMNO terus kekal berkuasa, berkorban dan bersatulah seperti disarankan presiden parti. 







No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]