Saturday, March 3, 2012

POLA PENGUNDIAN MELAYU DAN CINA - PRU 13.


PERSOALAN 1.

Jika undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?



 PERSOALAN 2.

Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)? 

PERSOALAN 3.

Namun, senario politik telah berubah.  Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS.  Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".
PERSOALAN 4.

“Rakyat sebenarnya tidak suka kepada Pas, DAP atau PKR. Tetapi kali ini rakyat sudah tidak kisah lagi kerana memprotes terhadap beberapa isu yang melibatkan mereka,” tegas Dr. Mohamad Agus Yusuf.....Adakah senario ini berulang lagi?

PERSOALAN 5.
Rakyat telah bergerak jauh ke depan meninggalkan pola pengundian tradisi yang memilih parti tetapi kepada isu. Tetapi ada sesetengah pemimpin belum bergerak ke depan seiringan dengan rakyat. Kalau pemikiran antara kerajaan dan rakyat tidak ada jurang, saya fikir perkara ini (kalah di lima negeri) tidak berlaku.

PERSOALAN 6.

 Kekecewaan sebenarnya tidak ada batas sempadan. Ia dirasakan oleh semua orang. Kita melihat angin perubahan itu datang macam ombak yang melanda secara serentak. Ini disebabkan oleh lebih 70 peratus pengundi bukan Melayu dan lebih 10 peratus pengundi Melayu beralih kepada pembangkang. Ini adalah kesan daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003. Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang memperlihatkan majoriti pengundi Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka apabila dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, banyak kawasan campuran diwujudkan untuk memastikan supaya sekiranya orang Melayu mengundi pembangkang lagi, kaum bukan Melayu akan tetap bersama BN. Ternyata strategi lima tahun dahulu tidak menjadi apabila pada tahun ini, majoriti pengundi bukan Melayu pula tidak bersama BN sebaliknya yang kekal setia bersama BN adalah pengundi Melayu.


PERSOALAN 7.

Pola pengundian atau aliran pengundi dalam pilihan raya kali ini menunjukkan kawasan majoriti Cina, khususnya di bandar besar, pengundi Cina secara tradisinya memang berpihak kepada DAP. Manakala di kawasan luar bandar pula, sejarah menunjukkan kaum Cina adalah pengundi BN. Namun, dalam pilihan raya kali ini, perubahan berlaku apabila di banyak kerusi Parlimen yang dulunya dikuasai MCA dimenangi oleh DAP dan PKR. Di Pulau Pinang, DAP menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan PKR turut memperoleh kemenangan besar di Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pengundi India yang selama ini adalah penyokong BN turut membuat perubahan dengan mengundi pembangkang seperti yang berlaku di Sungai Petani, Sungai Siput dan Ijok. Perubahan undi kaum bukan Melayu inilah yang menyumbang kepada kemerosotan BN di kawasan yang menjadi kubu tradisinya.

PERSOALAN 8.

Sikap pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina memang begitu, ayunan pendulum mereka sering berlaku. Kalau kita tengok kembali pada tahun 1964 dan 1969 misalnya mereka bersama pembangkang. Pada tahun 1986 mereka memberikan kemenangan 24 kerusi kepada DAP, pada 1990 mereka hampir menjadikan DAP kerajaan di Pulau Pinang dengan hanya kekurangan tiga kerusi. Pada 1999 ketika orang Melayu tidak bersama BN, mereka mengundi BN dan pada tahun 2008 mereka beralih pula menyokong pembangkang.


Perubahan sokongan mereka ini bukan bermakna mereka tidak percaya kepada kerjasama politik dalam BN. Orang Cina amat yakin kepada kerjasama politik dalam BN dan mereka juga yakin satu-satunya parti yang dapat menjamin kestabilan politik negara ialah sistem perkongsian kuasa mengikut cara BN. Cuma pada tahun ini mereka mengundi menolak BN kerana tertekan dengan peningkatan kos hidup yang gagal dijawab dengan baik oleh pemimpin BN.


PERSOALAN 9.

Pas boleh bekerjasama dengan DAP yang ideologi politiknya berbeza sama sekali. Adakah mungkin suatu hari nanti Pas boleh bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Melayu?


PERSOALAN 10.




Sebenarnya jika kita kaji sehalusnya trend pola PRU Malaysia sejak 1969 adalah konsisten sifatnya. Rakyat Malaysia tidaklah menolak atau menghukum PERSOALAN 12.parti hingga ke dasar laut.

Analoginya seperti air laut ada masa air pasang ada ketika air surut.

PRU 1969, sokongan kepada Perikatan (BN)  merosot tapi PRU 1974 BN bangkit kembali.

PRU 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 BN menguasai secara total politik Malaysia
pPRU 1990, faktor Ku Li (Semangat 46 pada masa itu) buat BN kehilangan Kelantan selamanya.

PRU 1999, faktor Anwar Ibrahim juga buat BN kemerosotan pengaruh.

PRU 2004, BN pula mendapat kemenangan terbesar dalam sejarah-landslide victory. Rakyat Malaysia mahu beri mandat baru kepada Tun Abdullah. Kelantan hampir dikuasai BN.

PRU 2008, sebaliknya rakyat tidak puas hati dan menghukum BN hingga 4 negeri selain Kelantan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan trend pola PRU Malaysia di atas maka diramalkan PRU 2012/2013 nanti, rakyat Malaysia akan beri peluang dan mandat baru kepada DS Najib Tun Razak.


PERSOALAN 11.

4 kategori pengundi Melayu - UMNO / PEMBANGKANG / ATAS PAGAR / PENGUNDI MUDA KALI PERTAMA - KE MANAKAH ARAH UNDI MEREKA?


PERSOALAN 12.

Undi Melayu mempengaruhi kawasan campuran
Pola undi Melayu di Semenanjung Malaysia tidak semestinya sama di mana-mana saja.  Perbezaan antara bandar-desa, kedudukan geografi, pengaruh parti politik di tempatan, faktor tempatannya dan sebagainya, bakal mempengaruhi pola tersebut.  Namun, ketika kenyataan "undi Melayu kembali ke BN" dibangkitkan, ia sebenarnya merujuk kepada keputusan PRU ke-12.



PERSOALAN 13.

Undi: Melayu tersembam di bumi sendiri
Oleh Mior Kamarul Shahid
mkamarul@bharian.com.my
2012/03/04

PERBAHASAN politik mengenai perpecahan orang Melayu nampaknya berterusan tanpa menampakkan tanda-tanda baru pautan kasih, walaupun mereka sebangsa dan seagama. Kerisauan ini tidak wujud pada semua orang tetapi hanya di kalangan mereka yang memahami erti kelangsungan bangsa dalam sebuah negara merdeka. Sudah banyak pihak khasnya badan bukan kerajaan (NGO) mewakili orang Melayu memerah fikiran untuk mencari jalan penyelesaian menyatupadukan bangsa. Kebimbangan mereka dibincang dan dibahas dengan harapan masalah perpecahan bangsa ini dapat diselesaikan segera kerana risikonya adalah maruah sebuah bangsa. 

Dalam realiti kehidupan seharian, sememangnya tidak nampak tanda-tanda perpecahan di kalangan orang Melayu.
Orang Melayu hidup sekampung, di satu taman perumahan, di rumah pangsa yang berselerakan, anak-anak bersekolah dan bermain bersama, sesama ibu bapa mereka bekerja di bawah satu bumbung, bersembahyang di masjid yang sama, berbual mesra di kedai kopi, malah saling bantu-membantu ketika ada kematian atau kenduri kendara dan majlis keraian, apatah lagi pada hari kebesaran. Jika peniaga, orang Melayu akan membeli di kedai sebangsa dengan mereka dengan hasrat untuk membantu semoga perniagaan bertambah maju. Bila anak-anak bangsa mencapai kejayaan pelajaran yang cemerlang, bukan ibu bapa mereka saja gembira, malah bangsa mereka turut berasa megah. Begitulah mesranya persefahaman di kalangan orang Melayu. Namun, kemesraan di kalangan orang Melayu ini menyebabkan sukar untuk membuktikan wujudnya perselisihan sesama mereka. Ia berbeza sewaktu perselisihan orang Melayu berikutan Amanat Haji Hadi Awang pada 1981 yang mencetuskan fenomena sembahyang dua imam, tidak sah makan sembelihan orang UMNO dan sebagainya.

Hari ini, sudah tidak kedengaran fenomena orang Melayu tidak bertegur sesama sendiri akibat selisih faham politik melainkan sekali-sekala sewaktu berlaku perhimpunan politik atau pilihan raya. Bagaimana pun, beberapa peristiwa yang berlaku setakat ini belum sampai ke tahap yang mencemaskan. 

Sebenarnya, perpecahan orang Melayu yang nyata ialah daripada konteks undi dalam pilihan raya. Kesan perpecahan undi ini boleh menyebabkan mereka tersembam di bumi sendiri. Inilah kesan buruk yang sangat ditakuti oleh orang Melayu kerana sekali terlepas kuasa, amat sukar untuk mendapatkannya semula. Orang Melayu boleh membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk tetapi, jangan lupa mereka juga sebenarnya membakar sebuah mahligai bangsa yang selama ini memberi keselesaan hidup kepada orang Melayu. Apabila undi Melayu pecah, siapakah yang akan untung? Tepuk dada, tanya selera, semua orang tahu jawapannya. Jangan nanti orang Melayu alpa kerana ketika mereka berpecah, orang lain membina kekuatan dan strategi. Orang Melayu tidak berfikiran strategik berbanding kaum lain yang menguasai kekayaan negara ini. 

Sebenarnya, mereka yang berkepentingan mengharapkan perpecahan undi orang Melayu kerana itu adalah cara paling mudah untuk mereka mendapat kuasa. Disebabkan undi adalah penentu kepada kuasa dalam negara demokrasi, mereka mengharapkan orang Melayu terus bertelagah sehinggalah akhirnya mereka berjaya memegang tampuk kuasa. 

Punca utama perpecahan undi di kalangan orang Melayu ialah perbezaan ideologi politik. Semua tahu, perpecahan undi Melayu mempunyai kaitan rapat antara orang UMNO dan PAS. Antara UMNO, parti tunjang Barisan Nasional (BN) dan PAS, amat sukar untuk duduk semeja dan mencari titik pertemuan. 

Kedua-dua parti itu dengan pengikut masing-masing tidak bersetuju antara satu dengan lain dalam apa isu juga hanya disebabkan perbezaan pegangan hidup. Mereka bukan tidak sedar bahawa perpecahan undi boleh menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Walaupun ia menghantui pemikiran ramai orang Melayu, tidak ada usaha ke arah penyatuan dilakukan secara serius. Ketika ada risik-risik bahawa ada pimpinan PAS cuba mengadakan hubungan awal dengan UMNO untuk merintis jalan mengadakan semula pemuafakatan, kumpulan ini awal-awal lagi ‘dipancung’ supaya tidak meneruskan pertemuan. Keadaan ini berlaku kerana kumpulan ini tidak mahukan orang Melayu bersatu. Tujuan pemimpin mereka berbuat demikian ialah untuk membiarkan perpecahan orang Melayu ini berterusan. Cara ini lebih mudah untuk mereka membuat tuntutan politik dan sebagainya.


PERSOALAN 14.



Mencari jalan menyatukan bangsa


2012/03/04

ORANG Melayu bukan tidak boleh bersatu. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan walau dengan apa alasan sekali pun. Hari ini mereka perlu membuat pilihan sama ada orang Melayu mahu terus berpegang kepada kata-kata Hang Tuah bahawa takkan Melayu hilang di dunia atau mereka memilih untuk menjadi bangsa yang akan lupus. 

PAS pernah bersama di dalam Barisan Nasional (BN) dan bercerai. Berkahwin, bercerai dan rujuk semula adalah lumrah kehidupan manusia. Perpaduan orang Melayu boleh dicipta semula dengan mudah kerana orang Melayu sama ada berada dalam UMNO atau PAS menyedari bahaya perpecahan bangsa. Jauh di lubuk hati orang UMNO mereka tahu pengikut PAS adalah sebangsa dan seagama dengan mereka, begitu juga pengikut PAS terhadap orang UMNO. Ada yang tinggal serumah berikutan ikatan perkahwinan walaupun pandangan mereka berbeza.
Bagi orang Melayu, mereka mengharapkan UMNO dan PAS akhirnya akan dapat duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan bangsa dan agama. Ia mudah kerana PAS sebenarnya tidak yakin ikatan mereka dengan DAP. Bagi PAS dan DAP, mereka bercakap bahasa dan makna yang berbeza. Ideologi kedua-dua parti itu tidak sehaluan, apatah pula DAP menolak negara Islam dan hukum hudud. Jika hari ini mereka boleh menerima DAP, tidak ada sebab satu hari nanti PAS tidak boleh menerima UMNO yang ternyata diterajui orang Melayu.
Cuma, perselisihan faham yang ada itu perlu diselesaikan. Setiap tuntutan daripada mana-mana pihak sekali pun perlu diberi pertimbangan semula. Sekali ombak melanda pantai, sekali pasir berubah. 
Mungkin tuntutan yang dibuat dulu tidak sesuai ketika itu, ia mungkin boleh dipertimbangkan semula hari ini kerana masa berubah. Paling nyata, Islam tidak menggalakkan perpecahan di kalangan umatnya. 
Peperangan dan kesengsaraan di negara-negara Islam, sepatutnya menjadi pengajaran berguna. Segala masalah perlu diselesaikan dengan rundingan. Jika pemimpin UMNO dan PAS tidak boleh berpandangan mata atau bertegur sapa, ramai orang Melayu yang sanggup menjadi orang tengah dan mengatur bicara, asalkan kedua-dua pihak memahami semangat perundingan. Dalam perundingan tidak ada pihak mendapat semua atau kehilangan semuanya. 

Dengarlah kata akar umbi. Jika akar umbi mahu perpaduan, orang Melayu perlu mencari jalan untuk bersatu bagi membina kekuatan. 

Seandainya pimpinan UMNO-PAS dapat disatukan semula, pastinya pengikut mereka akan akur. Di dalam UMNO belum kedengaran pimpinan parti itu menolak kepada perpaduan, malah mereka sering mengusahakan ke arah perpaduan ini. Pimpinan PAS juga sepatutnya menerima atau menawarkan diri untuk berpadu bagi mengelakkan orang Melayu membayar kos yang begitu tinggi kemudian hari.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]