Sunday, March 18, 2012

SKANDEL ANWAR GATE : BANTUAN ASING?


Bukti Bergambar, PKR Dibantu Kepakaran Asing

AIDCNews – 17/03/12 – Blog The Unspinners memberi bukti-bukti bergambar yang menunjukkan PKR mendapat bantuan kepakaran asing dalam persediaan menghadapi pilihan raya Umum (PRU).
Bukti-bukti bergambar itu menunjukkan tokoh-tokoh PKR sedang dilatih oleh sebuah yayasan Kristian yang berpangkalan di Jerman, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF).
Salah satu bukti gambar adalah program “Strategic Training For Success Workshop” anjuran Biro Latihan PKR Pusat pada 19-20 Jun 2009.
“Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak servicekawasan mereka di Kuantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.
“Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan di kirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.
“Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempen pilihan raya di Malaysia dan memberi tunjuk ajar kepada ahli politik muda”, lapor the Unspinners dalam artikel bertajuk “Ada gambar … apa lagi Azmin nak nafi“.
Selain Fuziah Salleh, turut kelihatan dalam gambar itu adalah Johari Abdul, Sivarasa Rasiah dan Fariz Musa, bekas Timbalan Ketua AMK Pusat dan Ketua AMK Terengganu yang kini bergiat cergas dalam NGO Jingga 13.
Turut kelihatan dalam gambar itu adalah ‘seorang lelaki asing’ yang berada di barisan hadapan bersama-sama aktivis PKR.
Namanya adalah Manfred Ritcher yang merupakan Bendahari kepada jawatankuasa pengarah FNF, Potsdam, Jerman.
Turut diberikan bukti, adalah gambar yang menunjukkan Manfred Ritcher sedang bercakap sambil ditemani oleh Fuziah Salleh yang ketika itu merupakan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat.
Menurut laman fnfasia.org, Manfred Richter selain terlibat aktif dalam FNF, beliau juga merupakan bekas ahli parlimen dan setiausaha Parti Free Demokrat di Jerman.
Laman itu melaporkan Manfred Richter terlibat aktif melatih kader-kader di negara-negara sasaran, termasuk Malaysia, Thailand dan Korea.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 200 rakyat Malaysia telah menghadiri seminar di Akademi FNF Antarabangsa bagi Kepimpinan (IAF) di Gummersbach, Jerman.
“Hari ini, rangkaian perkhidmatan yang luas IAF Alumni – FAN (FNF Alumni Network) Malaysia – adalah platform Liberal dan forum yang bertenaga untuk perbincangan politik”, lapor laman fnf.org
Menurut laman itu, di Malaysia, FNF bekerjasama dengan portal Malaysiakini untuk menjayakan prinsip kebebasan bersuara dalam mencapai matlamat kebebasan masyarakat sivil.
Selain itu, FNF turut mengakui rakan kongsinya di Malaysia adalah NGO SIS (Sisters in Islam), IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) dan ERA Consumer.
Dalam laporan The Unspinners bertajuk “Depan nampak bagus saja kursus KAF, NDI dan IRI“, blog itu menunjukkan bukti bergambar kursus ‘Menjana Tenaga Kemenangan (MTK)’ di Melaka.
Bukti bergambar itu disiarkan sendiri oleh organ PKR, Suara Keadilan yang menyebut ‘Program MTK Zon Selatan anjuran Friedrich Naumann Foundation’ dianjurkan di Melaka pada tahun 2007.
“Sebahagian dari peserta Program Menjana Tenaga Kemenangan Zon Selatan di Ayer Keroh Melaka pada 10-11 Mac bersama Ahli Parlimen Pandungan, Dominique Ng, Dr Xavier Jayakumar, Dr Ahmad Azam dan Khalid Jaafar. Ia dianjurkan oleh Friedrich Naumann Foundation”, lapor organ PKR itu.
Blog Angin Perubahan pula memberikan bukti keratan akhbar yang dipetik dari Suara Keadilan Bil 156, 19-26 November 2008.
Organ PKR itu menyebut, “Biro Latihan Keadilan telah mengadakan Latihan Strategi Media bertempat di bangunan Parlimen dari 14 hingga 15 November lalu.
“Seramai 35 orang Ahli Parlimen dan ADUN serta Setiausaha Politik mereka telah mengikuti latihan itu. Latihan itu diadakan dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation”.
Seterusnya organ PKR itu menyebut tiga ahli panel dari FNF yang mengendalikan bengkel tersebut iaitu Firmansyah MS (wartawan dan wakil FNF Indonesia), Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul (Pengarah Projek FNF Malaysia yang berpangkalan di Thailand) dan Moritz Kleine-Brockhoff (wakil FNF dari Potsdam, Jerman dan sekarang dilantik Pengarah Projek FNF Malaysia yang baru).
Hadir dalam program itu, Haniza Talha ( ADUN PKR Taman Medan, Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat dan Ketua Wanita Selangor), Gan Pei Nei (ADUN PKR Rawang, Exco Wanita Keadilan Pusat), Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen PKR Ampang, Ketua Wanita PKR Pusat dan Ketua Bahagian Setiawangsa) dan lain-lain.
Satu lagi bukti adalah dari twitter dan bukti bergambar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.
Meeting bersama FNF, Dr. Freier, Dr. Pirampaat, Mr. Moritz Kleine-Brockhoff dan Mr. Wolfgang Heinze”, tulis Dr Wan Azizah dalamtwitternya yang dihantar pada 24 Februari 2011.
Selain wakil-wakil FNF yang disebut Wan Azizah dalam twitternya, dalam gambar itu turut kelihatan Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Fuziah Salleh yang merupakan individu-individu yang menjadi tulang belakang PKR.
Selain Dr. Pirampaat dan Mr. Moritz Kleine-Brockhoff yang telah diperkenalkan sebelum ini, Dr. Wan Azizah turut memperkenalkan dua lagi tokoh FNF iaitu Dr. Freier dan Mr. Wolfgang Heinze.
Dr. Freier adalah nama singkatan kepada Dr. Rolf Freier adalah bekas Pengarah FNF Afrika yang sekarang ini merupakan salah seorang fasilitator utama FNF Jerman yang mengendalikan bengkel FNF di seluruh dunia.
Manakala Wolfgang Heinze adalah bekas Pengarah Urusan FNF Malaysia dan Burma yang sekarang ini menjadi wakil FNF yang berpangkalan di Thailand.



Nik Nazmi yang keseorangan minta bantuan Ibrahim Suffian, Merdeka Centre


Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'

SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

[Merdeka Center pula nak main 'spin' untuk arahkan baik ke BN. Dengan demikian, diharapkan, ianya tidak ada benda.]

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

[Nampaknya hanya Nik Nazmi saya berusaha mati-matian nafi-nafi tetapi apa yang kini jelas adalah dia tidak nafikan menggunakan kepakaran asing dan latihan yang diberi pihak asing.

Kenapa perlu babitkan asing dalam proses demokrasi kita?]


Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

[Laporan berita lain kata Hishamuddin minta Dato Zin buat laporan polis untuk siasat kebenaran tudhannya. Pasti minggu depan ada laporan polis.]

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

[Komen punya komen tapi dia tidak pernah lihat pun!!!

Apa punya bingai Sinar Harian pergi tanya dan ambil kata-katanya? 
Kenapa tiada orang lain dari Nik Nazmi yang bantu nafikan tuduhan campurtangan dan dana asing serta tuduhan terbaru Dato Zin.]

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau.

Sinar Harian

Pasal Ibrahiim Sufian cakap banyak, kami akan kasi dedah pasal Merdeka Center besuk tic toc tic toc ....muahahaha ...

Haram bersekongkol dengan pro Zionis Yahudi


KUALA LUMPUR 15 Mac - Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik di negara ini menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi dengan matlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang diterajui pemimpin Islam adalah haram.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu juga tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.

Ini kerana menurut beliau, dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut yang menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberi, bakal mendatang ancaman kepada keselamatan negara.

"Kita diharuskan bekerjasama dengan Yahudi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yahudi jika kita dominan. Tapi jika ia bermatlamat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Islam, sehingga kita sanggup akur dengan mereka, ia dengan jelas haram.
...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Belilah Utusan Malaysia!

Friedrich Nauman Stiftung mengatur senario lepas 'regime change"


Blog Outsyed the Box sini hari ini mendedahkan agenda sebuah NGO bernama Friedrich Naumann Stiftung (FNS) untuk mengatur Malaysia selepas pertukaraan rejim.

Dia memberi link kepada satu artikel sini yang mereka paparkan dan ingin kami petik sedikit:

"Today, in a society in which economic function and demographic characteristics such as urbanisation no longer distinguish Malays from non-Malays as easily as they once did, core issues such as religion have a new importance for voters whose political identities are constructed through an ethnic framework."

"The fundamental challenge for public life in a post-BN Malaysia is not Islam, it is ethnicity’s dominant role in defining Malaysians’ political identity, and this challenge is just as pressing today as it would be if a new government with PAS comes to power following the upcoming elections. Of course, PAS’s explicitly religious goals are important to note, but there are few things that it could do in government that are not already within UMNO’s capacity today."

"The “solution” to the “problem” of Islam in Malaysian politics—if one believes that Islam is indeed a problem—is the same as the solution to many of the other issues that face contemporary Malaysian society: a post-ethnic movement (not merely a multi-ethnic one) in which Malaysians identify, assemble, and act as Malaysians rather than as representatives of ethnic groups in a zero-sum competition for power and resources."

Sementara itu, Konrad Adreneur Foundation dipercayai terlibat dibelakang penganjuran satu program dialog anjuran MAFA (Malaysia Association of Facilitators) yang membincang mengenai diskriminasi kaum/bangsa di Malaysia dan peringkat global.

Di luar dewan pihak penganjur turut menyediakan dua buah kaunter untuk menjual pelbagai jenis buku mengenai hak asasi dan diskriminasi kaum, termasuk buku 'Aku Bangsa Malaysia' yang ditulis oleh Abdul Rahman Roslan, Eric Chooi, Yam Phui, Lena Hendry, Mahen Bala, Nandakumar Haridass, Tan Jo Hann dan Parti Sosialis Malaysia.

Penerbit buku tersebut adalah Pusat Komuniti Masyarakat (KOMAS) dengan kerjasama Konrad Adenauer Stiftung.

Dari situ saja boleh dijangka bahawa hak keistimewaan orang Melayu, kontrak sosial, Dasar Ekonomi Baru, dan lain-lain kepentingan dan program membantu Bumiputera dikritik dan dilukiskan sebagai diskriminasi.

Pastinya manafaat yang didapat oleh kaum lain dan hak yang mengimbangi kelebihan kepada kaum bukan Bumiputera dalam Perlembagaan tidak disebut. Kemajuan yang dicapai kaum CIna dan lain-lain melebihi orang tempatan yang ketinggalan kerana penjajahan pun dibuat-buat tidak tahu.

Program yang dijalankan di Grand Ballroom A, Holiday Inn, Glenmarie Shah Alam hari ini melibatkan seramai 60 orang peserta termasuk NGO-NGO dari Pakistan, Singapura dan Australia dan diadakan secara tertutup.

Agenda yang mahu diketengahkan adalah sama rata sama rasa ala DAP yang tidak mempedulikan realiti masyarakat majmuk, pelbagai keperbezaan berdasarkan kaum dan asas Perlembagaan yang sudah adil dan pragmatik.

KAF adalah proponent yang memperjuangkan one world religion dan pastinya mahu kedudukan Islam disamaratakan dengan ugama lain.

Sama saja agenda KAF dan FNS.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]