Tuesday, March 6, 2012

SUDAH BERSEDIAKAH UMNO/BN JASIN HADAPI PRU 13 ?


Di mana-mana sahaja perbualan sama ada orang politik atau bukan kita boleh mendengar soalan " bilakah pilihanraya umum ke 13 ?. Termasuk juga "siapakah calon-calonnya?'. Jawapannya tarikh wajib sebelum 28 April 2013. Dan disusuli dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

PARLIMEN JASIN


Bagi UMNO Bahagian Jasin mahupun Barisan Nasional, mereka sebenarnya tidak harus menumpukan kepada tarikh bilakah PRU 13 akan berlangsung, sebaliknya yang lebih penting dari itu bertanyakan soalan terpenting iaitu " SUDAHKAH ANDA BERSIAP SEDIA MENGHADAPINYA?". "BERSEDIAKAHJIKA PILIHANRAYA DI ADAKAN PADA BILA-BILA MASA?

Soalan ini membawa maksud adakah jentera parti sudah bersedia menghadapinya? PRU 13 seperti kata Timbalan Presiden UMNO adalah "IBU SEGALA PILIHANRAYA". Jadi untuk menghadapinya semua anggota parti perlu fokus dan bekerja dengan semangat luar biasa demi untuk mencapai keputusan luar biasa.

Di Jasin, kerusi Parlimen dan 5 DUN iaitu Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban pada PRU 12 adalah dimenangi oleh UMNO/BN. Soalnya sekarang adakah keputusan yang sama boleh di kekalkan pada PRU 13 nanti? Ramalan boleh dibuat tetapi akhirnya keputusan adalah ditangan pengundi untuk memilih dan seterusnya dibentuk kerajaan negeri.

Bercakap soal LUAR BIASA terkandung di dalamnya amalan kerja kerap turun padang mendekati rakyat, bertanyakan apa kehendak rakyat, membuat trnsformasi politik termasuk memilik "winnable candidate". Perkara ini wajar dilakukan selepas PRU 12 2008 lagi, bukannya apabila nak menjelang PRU 13. Terdengar suara-suara orang kampong yang mengatakan ada wakil rakyat yang dah nak dekat baru nampak muka?


Selain dari itu, apa yang penting adalah jangan bertelagah semasa sendiri. Masalah dalaman kenalah diminimakan apabila nak dekat pilihanraya. Jika tidak buruk padahnya. Jika dianalisa keputusan PRU 12, majoriti yang diperolehi oleh pembangkang semakin meningkat. Contohnya Parlimen Jasin sendiri yang diwakili oleh YB Datuk Wira Ahmad Hamzah kehilangan lebih 10,000 undi majoriti jika hendak dibandingkan dengan majoriti PRU 11 2004. 



P139 JASIN
Jumlah Pengundi: 56,121
Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07%  
1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838) 
2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348) 
Majoriti: 12,490
Jumlah undi: 44,176
Peratus mengundi: 78.72%
Undi rosak: 990
Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN)
(Majoriti: 21,334 undi) 

Begitu juga dengan keputusan majoriti di 5 DUN seperti di bawah :-

                               2004                       2008.
N 24 Bemban -     4,438                        2,141
N 25 Rim       -      3,930                        1,637
N 26 Serkam  -     4,347                        2,819
N 27 Merlimau      5,087                        2,154 (tidak termasuk keputusan PRK Merlimau)
N 28 Sg. Rambai   3,068                        2,266

Mungkin ada yang mengatakan pada 2008 itu tsunami, cuba bayangkan pada PRU 13, ibu segala pilihanraya, dimana target pembangkang menuju Putrajaya, dengan penambahan pengundi dan juga lain-lain faktor sampingan serta tempatan dan juga isu calon, adakah keputusan majoriti ini akan kembali normal atau pun bertambah teruk sehingga membawa kepada kekalahan UMNO/BN ? Semuanya menjadi persoalan dan memerlukan satu tindakan yang luar biasa......

Jika dilihat kepada Negeri Melaka semuanya 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh UMNO tidak kalah satu kerusi pun daripada 28 kerusi. Adakah PRU 13 akan mencatat sejarah baru bagi Parlimen dan DUN-DUN Jasin, sama-sama kita nantikan.


Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 : Melaka


BN

Pas

DAP

PKR
Parlimen5
(6)
0
(1)
1
(2)
0
(3)


BN

Pas

DAP

PKR
DUN23
(28)
0
(13)
5
(8)
0
(7)

PERSIAPAN JENTERA PARTI


Sudah pastinya jentera parti memainkan peranan utama dan sangat penting bagi memastikan matlamat utama untuk menang PRU 13. Jika jentera parti lemah maka kita sudah tahu keputusannya. Lebih-lebih lagi bila orang sendiri belot, sangat cepatlah kita kalah atau kalah sebelum bertarung.

Bagi Kawasan Jasin, perasmian jentera parti telah dibuat dan dilakukan oleh YAB KM Melaka. Tahniah dan syabas. Namun setakat perasmian sahaja belum menjamin kemenangan pada PRU nanti. Berhadapan dengan pengundi tradisi rasanya tiada masalah. Namun bila anak-anak mereka yang memainkan peranan mempengaruhi ibu-bapa agar buat pemilihan yang berbeza kali ini,,,alamatnya parah...akhirnya rebah.....

Itu belum lagi diamil kira ahli-ahli UMNO yang belum daftar sebagai pemilih. Kali ini kita akan berdepan dengan pengundi baru yang kali pertama mengundi, sudahkah ditemui mereka ini? Atau kita sibuk ke hulu dan kehilir soal calon?


Namun apa yang dilihat, persediaan jentera masih lagi belum mantap. masih syok sendiri dikalangan orang UMNO sahaja, sedangkan nak menang PRU kita tidak boleh bergantung kepada ahli-ahli UMNO sahaja. Pengundi atas pagar dan yang tidak menyertai mana-mana parti politik perlu didekati dan mendengar rungutan mereka. Pemuda, Puteri dan Wanita kadang-kadang tu kelihatan sangat daif dan naif untuk mengadakan program. Macam biasalah faktor utamanya adalah dana. Apa salahnya jika dana diberikan terus kepada sayap untuk dilakukan program yang bersesuaian dengan target dan sasaran masing-masing?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]