Monday, April 30, 2012

BILA NASIHAT TIDAK DIENDAHKAN?


Penganjur Tetap Berdegil

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) supaya menerima lokasi alternatif ditawarkan dan bukannya di Dataran Merdeka seperti dirancangkan sebelum ini.
Malah, beliau turut memberi jaminan keselamatan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu Sabtu ini sekiranya mereka menerima lokasi ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, kerajaan juga tidak pernah menghalang penganjur mengadakan perhimpunan berkenaan, malah menawarkan empat stadium sekitar ibu negara sebagai lokasi.
“Kita menawarkan kepada mereka Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa. Saya memberi jaminan dan dapat memastikan perjalanan ke tempat ditetapkan tidak akan terganggu.
“Malah jika mereka menerima tawaran diberikan, perjalanan mereka akan lebih mudah sebagai satu semangat dalam akta baru iaitu Akta Perhimpunan Aman,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Hishammuddin berkata, alasan penganjur kononnya tidak mempunyai cukup masa untuk menukar lokasi selain Dataran Merdeka adalah tidak logik kerana mereka masih mempunyai masa agak panjang menjelang perhimpunan berkenaan.
“Kalau mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka, mengapa tidak duduk berbincang dan fikirkan jalan terbaik selain daripada mencari alasan yang saya rasakan tidak masuk akal.
“Apa sebenarnya dikehendaki penganjur ini. Kita sudah cuba sedaya upaya bertindak adil terhadap mereka namun sebaliknya mereka tetap berdegil dan enggan berunding secara rasional,” katanya.
Hishammuddin juga berkata, pihaknya tidak menganggap perhimpunan itu sebagai sesuatu yang membahayakan namun pihak berkuasa diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya penganjur dan peserta masih berdegil untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau menerima afidavit Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang meminta penjelasannya yang didakwa mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu, Hishammuddin berkata:
“Saya sebagai tuan punya badan belum menerima sebarang permohonan atau arahan mahkamah. Ini adalah sesuatu yang tidak benar dan saya meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.”
Sementara itu, Pengerusi bersama gabungan itu, Datuk S Ambiga, berkata pihaknya tetap dengan keputusan meneruskan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun DBKL menolak permohonan mereka untuk berbuat demikian.
“Hari ini (semalam) kami mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) yang memaklumkan kepada kami bahawa pihaknya tidak akan membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka,” katanya. – Berita Haria

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]