logo PSC
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak harus "dilanyak" kerana bukan ia yang menentukan nasib seseorang calon pada pilihan raya, kata seorang Ahli Parlimen hari ini.


Datuk Seri Abdul Shahrir Samad (BN-Johor Baharu) berkata sebaliknya nasib mereka ditentukan ALLAH S.W.T selain berdasarkan kepada pemilihan pengundi.


"Dengan itu, tidaklah perlu untuk mana-mana pihak dengan sengaja melanyak SPR dengan menuduhnya tidak adil dan mendakwa  polis tidak adil bagi  menggambarkan kononnya proses pilihan raya tidak bersih," katanya.


Beliau berkata demikian semasa mencelah ucapan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika perbahasan Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 di Dewan Rakyat, hari ini.


Wakil rakyat berpengalaman itu berkata, keadaan yang berlaku sebenarnya tidak memberi sebarang manfaat kerana penentuan kemenangan seseorang wakil rakyat bukan tertakluk kepada faktor itu.


"Adakah apabila semua menang, baru kita kata sistem pilihan raya kita betul.


“Saya rasa kita tidak boleh berbuat demikian. Kita tidak tahu hati rakyat itu di mana. Sebab itu, saya mahu letakkan dalam rekod perbahasan bahawa yang akhirnya menentukan nasib kita sebagai seorang wakil rakyat, bila bertanding, kita perlu bertawakal dan serah kepada ALLAH, juga kepada kebijaksanaan rakyat," katanya.


Pada 1988, Shahrir pernah berdepan situasi sukar apabila melepaskan kerusi yang disandangnya untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil Parlimen Johor Bahru setelah dipecat daripada Umno.


Beliau yang bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang cap tiga kunci dapat menewaskan calon BN Mas'ud Abdul Rahman dengan majoriti lebih 12,000 undi.


Kemenangan itu merupakan satu sejarah kerana beliau satu-satunya yang menang bertanding atas tiket calon bebas di kerusi itu.


Shahrir yang pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat pusat, mengakhiri kenyataannya dengan berkata "janganlah lanyak sini, lanyak situ, yang akhirnya yang menentukan adalah hati manusia yang juga boleh melihat hati kita".


Ungkapan itu turut INGAT perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar yang ketika itu mempengerusikan persidangan, yang mengakui terpegun dengan kata-kata ringkas itu.


Perkara itu turut diakui Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang menyifatkan ucapan Shahrir itu sebagai satu hujah akademik, ikhlas dan bukan retorik politik.


"Saya menyokong penuh ucapan Yang Berhormat (YB) Johor Bahru kerana bagi saya ia merupakan satu ucapan ringkas, akademik dan bukan retorik politik," katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu kemudian. – Bernama

INGAT BETUL-BETUL SHAHRIL BUKAN KHALID.