Penjelasan KENAPA PTPTN Tidak Boleh di Mansuhkan.
Posted on April 18, 2012 by rmf7
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah untuk:
Mengadakan dan memberi pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman;
Memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan
Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
PTPTN ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah untuk:
Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, pelbagai agensi telah menyediakan bantuan kewangan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Khazanah Nasional serta Yayasan/Kerajaan Negeri. Namun, PTPTN merupakan sumber pembiayaan terbesar kepada pelajar yang memasuki IPT.
Seiring dengan pertambahan bilangan enrolmen pelajar ke IPT, bilangan pinjaman PTPTN juga semakin meningkat. Pada tahun 1997, semasa PTPTN ditubuhkan, bilangan pinjaman yang diluluskan ialah sebanyak 11,956 dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM219 juta.
Bilangan pinjaman semakin bertambah pada setiap tahun di mana sehingga tahun 2010, sejumlah 1.7 juta pinjaman telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM37.4 bilion. Daripada komitmen pembiayaan tersebut, sebanyak RM24.9 bilion telah dikeluarkan untuk membiayai pengajian pelajar di IPT. Manakala jumlah bayaran balik yang diterima ialah RM2.2 bilion iaitu 49% daripada jumlah keseluruhan yang patut diterima (RM4.5 bilion).
Baru baru ini PR telah melancarkan satu lagi isu iaitu Pendidikan percuma untuk memancing undi – Bagi pihak yang hanya tahu hal hal berkaitan hak asasi yang didewakan oleh Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil tahu darimana datangnya dana yang di salurkan untuk pembiayaan pinjaman untuk pelajar Universiti.
Apa yang ada didalam kepala otak mereka ialah memberontak dan kurang nya pengetahuan tentang hal sedemikian . Apakah Anwar Ibrahim akan memohon maaf akibat ketelanjuran perkataan memansuhkan PTPTN dan dalam isu pendidikan percuma.
Balaci daripada Universiti yang diketuai oleh Adam Israel digunakan untuk merosakkan pemikiran anak muda yang hanya tahu memberontak tanpa melakukan kajian dasar. Ini lah akibatnya bila otak telah dikawal oleh orang lain.
PTPTN tidak pinjam dari kerajaan sebaliknya meminjam dari bank dan KWSP dengan interest 4% dan student hanya bayar 1% semula. 3 % lagi ditanggung oleh PTPTN Kutipan tahunan sekitar 750 juta manakala PTPTN terpaksa memberi pinjaman sebanyak 4 billion setahun kepada pelajar.
Secara logik akal, sangat sukar untuk PTPTN melakukan pelaburan kerana kutipan dan pemberian pinjaman yg tak seimbang malah PTPTN terpaksa menanggung kos perkhidmatan dan pembayaran gaji 400 pekerja tetap dan ratusan pekrja kontrak yg lain melalui interest 1% .
Itu pun secara terang memang tidak mencukupi. justeru, cadangan saudara Rafizi untuk memberi free education sebanyak 2-4 billion setahun adalah logik namun tak masuk akal untuk jangka masa yg panjang.
Perkara ini juga dapat dilihat di selangor sendiri,
Beberapa pakar ekonomi dan akademik berpendapat jika dasar itu dilaksanakan, rakyat bakal dibebankan dengan cukai yang tinggi. Di Selangor kerajaan negeri mempunyai dua universiti iaitu UNISEL (Universiti Selangor) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
UNISEL menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM851,294,429.90 untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Manakala di KUIS pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menolak cabaran pelbagai pihak yang mahukan kerajaan pakatan rakyat Selangor menjadi perintis melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di kolej universiti di bawah kawalan kerajaan negeri itu.
Sebaliknya Anwar menuding jari kepada kerajaan Persekutuan yang didakwanya bertanggungjawab sepenuhnya untuk melupuskan hutang tersebut. Kita sedar sememangnya ini adalah cara Anwar Ibrahim untuk menutup kesalahan yang dilakukannya. Persoalannya kenapa berkenaan tidak dimasukkan dalam manifesto Buku Jingga Pakatan.
Keberangkalian akan berlaku apabila PTPTN dihapuskan amat jelas sekali, ini belum diambilkira prihal yang melibatkan kecelaruan sistem.
.
1.) 4 billion pd 2012 dan pada 2030 adakah 4 biilion masih kekal? bila prospek pendidikan semakin melebar, kos nya barangkali 10-15 billion ditambah dengan kegilaan mahu mengejar ranking universiti dunia. Kita terpaksa potong budget pembangunan untuk disalurkan pada pendidikan walaupun semua tahu bahawa Malaysia adalah antara negara di dunia yang sudah sedianya memperuntukkan bajet pendidikan paling tinggi.
.
1.) 4 billion pd 2012 dan pada 2030 adakah 4 biilion masih kekal? bila prospek pendidikan semakin melebar, kos nya barangkali 10-15 billion ditambah dengan kegilaan mahu mengejar ranking universiti dunia. Kita terpaksa potong budget pembangunan untuk disalurkan pada pendidikan walaupun semua tahu bahawa Malaysia adalah antara negara di dunia yang sudah sedianya memperuntukkan bajet pendidikan paling tinggi.
Pada masa hadapan, memang ramai akan punya degree dan even master, Tetapi tidak punya pekerjaan kerana pembangunan yang terencat akibat kurang suntikan modal untuk pembangunan.
2. ) Jika waktu itu baru krajaan hendak mengecilkan semula biasiswa atau menubuhkan kembali tabung pinjaman, pastinya yang akan terjerat adalah anak melayu ( yang pasti anak Melayu pada 2030 ke atas adalah anak2 mangkuk ayun yang berkhemah di dataran ) kerana bangsa cina sudah bijak dan cukup independce dalam soal survival pendidkan ini.
3.) Mekanisme free education laungan PR tidak jelas. sampai peringkat mana pendidikan itu harus percuma? maknanya siapa juga mahu belajar di kolej swasta walaupun keputusannya teruk, kerajaan akan tetap tanggung. jika ada ‘lantai’ keputusannya, habis bagaimana peluang yang lain mahu meneruskan pengajian dengan keputusan SPM yg cukup makan jika tabung pinjaman dihapuskan? penghapusan PTPTN memang suatu yang tidak masuk akal.
4.) Mengapa harus korban duit cukai rakyat untuk disalurkan pada pendidkan tertinggi yg akan melahirkan doktor engineer guru peguam walhal apalah sangat jika mereka membayar RM 100 sebulan malah ada yang serendah rm 50 seberapa lama yang mak bapak mereka mahu adakan bayar sedang kelompok ini mampu membayarnya.
Trend penajaan menunjukkan 70% dari keseluruhan penajaan pinjaman/pembiayaan pendidikan negara adalah dibiayai oleh PTPTN. Menjelang tahun 2020, defisit pembiayaan pendidikan dijangka meningkat sehingga RM46 bilion. Antara faktor yang telah dikenal pasti menyumbang kepada defisit tersebut adalah:
- Peningkatan kemasukan pelajar ke IPT pada kadar 10 peratus.
- Ketidakselarasan tempoh bayaran balik pinjaman dana (lima hingga sepuluh tahun) dengan bayaran balik pembiayaan (lima hingga 20 tahun).
- Bayaran balik yang rendah disebabkan pembayar tidak membuat pembayaran ansuran bulanan yang sebenar.
5.) Cadangan penubuhan SSPN jauh ke hadapan dalam memimpin orang Melayu menabung untuk pendidkan anak2 dan duit simpanan itu boleh membantu PTPTN untuk melakukan pelaburan bagi meningkatkan jumlah tabungan. malah jika waris atau ibu bapa penabung SSPN meninggal, jumlah tabungan meningkat 2 kali ganda. apakah usaha ini tidak cukup baik untuk rakyat?
6.) Isu free education ini sebenarnya Anwar terlepas cakap dalam satu ceramah. kerana itu selepas tiga minggu baru pengarah strategiknya yang kendu lite2 keluarkan mekanisme pemansuahan yang lebih lanjut.
Kata abg nuar dalam agenda daily kalau tak salah, Turki yang tak de minyak pun erdogan boleh beri fee education.. ermm betul ke? Di turki sehingga 2011 january ada 750 juta tong simpnan minyak dan salah sebuah univeristi middle east di Ankara, Universiti terbaik di Turki dengan ranking 241 dunia ,
Yurannya ialah 1000USD untuk undergrad per sem. so. mana yg percumanya? abg nuar kata Venezuela, Argentina dan cuba pun boleh bagi pendidkan free..ermm cukai disana bang 9% utk gaji 0-10k kalau tak silap? apa rkyat kita mahu begitu?
7.)Tanpa sedar sebenarnya kita dah subsidise malah beri free education pd peringkat tinggi sgt bnyk. cuma bila galakan pd pendidkan tinggi dgn pertumbuhan kolej swasta dgn pelajar keputusan hnya 2 kepujian pun boleh further stdy maka pastilah yg menerima biasiswa itu kurang berbanduing yg menggunakan pinjaman. biasiswa JPA, MARAa dan banyak lagi penglibatan GLC dalam memberi biasiswa pada pelajar di IPTA dan IPTS memang sudah cukup besar.
Malah mana ada negara yang boleh sediakan pendidikan untuk pelajar2 yang meminati aliran teknikal atau apa juga aliran untuk peringkat sijil dan diploma di berpuluh ILP,IKBN,Kolej Komuniti secara percuma dan dapat ealaun bulanan lg semata2 tidak mahu kelompok yg gagal SPM ini tercicir dalam pendidkan. Apakah ini semua bukan free education pada skala yg besar? atau free education maknanya Kalau saya mahu smbung belajar walaupun dapat SPM semua fail maka PR sanggup berikan biasiswa?
Banyak lagi kalau mahu belasah pendekatan PR dalam membeli undi rakyat cuma apa yg lebih penting kita harus kehadapan dan terbuka dalam menengahkan isu. Pemansuhan adalah sesuatu yang bukan sekadar tidak logik malah lebih bodoh dari lembu yang makan taik kerbau ( maki ala dr rem )… cuma ada beberapa ruang kerajaan harus teliti semula.
Akhirnya, kalau ikut hati kita semua mahu apa yg kita pinjam kaw tim lah kira halal.. kata PR pendidkan itu hak asasi, makanya harus dberi percuma pd rakyat. makan minum, rumah dan hari ini kereta juga hak asasi.. so?
Bila menjelang PRU ni semua kalau boleh kita nak bagi tapi rasional dan terbuka untuk masa depan bangsa. hapus PTPTN 43billion, wifi seluruh Malaysia termasuk ceruk kampung dll 5billion, subsisdi minyak 4 billiom, pengahapusan tol, elaun warga emas 1k sebulan dan banyak lagi janji pada rakyat yang mana jumlahnya dekat 100 billion mahu diberi. Dua round bajet tu hanya utk puaskan hati rakyat. Bajet pengurusan dan pembangunan mahu campak dalam longkang belakang rumah? anak2 muda yang-g rasional ayuh kita fikir mana yg terbaik untuk kita..
sekian
Oleh: Khairul Afsan Abu Bakar
No comments:
Post a Comment