Friday, April 20, 2012

PEMBANGKANG "MENGINTAI" DUN INI .




DUN Bukit Baru kian berkembang


Rumah Melaka di Bukit Baru sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. - Utusan/Gaie Uchel


 Tidak banyak maklumat terperinci mampu disingkap dari sudut sejarah pembukaan kawasan Bukit Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat Bandaraya Melaka.

Berdasarkan sejarah ketika era penjajahan Inggeris, pemerintah ingin membangunkan sebuah kawasan di atas bukit sebagai penempatan pegawainya.

Pemerintah Inggeris ketika itu terus menamakan sekitar kawasan bukit yang turut menempatkan Sekolah Tinggi St. David itu sebagai Bukit Baru.

Lama-kelamaan kawasan Bukit Baru semakin meluas hingga terbukalah beberapa penempatan lain yang mempunyai pelbagai nama tetapi termasuk dalam kawasan Bukit Baru.


Apabila DUN Bukit Baru wujud ekoran persempadanan semula kawasan itu pada 2004, ia diletakkan di bawah Parlimen Bukit Katil dan dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak tarikh tersebut hingga kini.


Sejak itu juga, Bukit Baru semakin pesat membangun dan kebelakangan ini menjadi tumpuan dengan segala prasarana dan infrastruktur wujud bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

Kedudukannya di pinggir bandar raya Melaka menjadikannya lokasi sesuai untuk pelbagai aktiviti dengan segala kemudahan lengkap terdapat di sini.

Segala pembangunan dilaksanakan di kawasan ini yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,000 terdiri daripada berbilang kaum dan agama membolehkan kawasan tersebut berkembang pesat dan hasilnya dinikmati oleh penduduk.

Melihat kepada perkembangan terkini, Bukit Baru bakal menjadi bandar baru moden seperti Kota Laksamana, Ayer Keroh, Melaka Raya dan Banda Hilir.

Kemudahan awam yang terdapat di Bukit Baru boleh dikatakan mencapai 100 peratus seperti bekalan air, elektrik, jalan raya berturap, pusat perniagaan, pusat pentadbiran dan sebagainya.

Selain kemudahan elektrik dan kemudahan asas lain turut diberi perhatian termasuk pembinaan sekolah, masjid dan surau di kawasan-kawasan penempatan baru yang dibuka di DUN ini.

Di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua Menteri, pembangunan yang ketara di Bukit Baru dapat dirasai sejak 2006.

N17 BUKIT BARU
Jumlah Pengundi: 15,904
Peratusan Kaum: M:59.52% C:35.94% I:4.20% L:0.34% 
1. Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (BN) (7,644) 
2. Bakrin Sidek (Pas) (4,936) 
Majoriti: 2,708
Jumlah undi: 12,793
Peratus mengundi: 80.44%
Undi rosak: 213
Penyandang: Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (BN)
(Majoriti: 5,992 undi) 

Tidak hairanlah sebanyak 29 taman perumahan baru wujud di bawah tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada 2008.

Tujuh JKKK adalah Bukit Baru Dalam, Kampungku Sayang, Bukit Baru, Bukit Katil, Bukit Beruang, Bukit Pulau dan Paya Ikan.


Empat buah masjid pula dibina di DUN ini iaitu tiga daripadanya baru dibina dengan pelbagai kemudahan moden dan terbaru Masjid Saidina Ali di Bukit Katil yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

Kerajaan negeri turut membina 15 buah surau di setiap JKKK bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin rancak sejak kebelakangan ini.

Dari segi pendidikan pula terdapat tiga buah sekolah menengah kebangsaan, empat sekolah rendah jenis kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) wujud di sini.

Selain itu kemudahan lain yang terdapat di Bukit Baru untuk keselesaan penduduk adalah perkhidmatan jalur lebar yang liputannya mencapai 100 peratus, Wifi di Sekolah Tinggi St. David dan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang dan kemudahan 3G.

Selain itu, pertambahan penduduk dan kewujudan pusat perniagaan serta pusat pentadbiran menjadikan kawasan itu hidup kerana kedudukannya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.

Bukit Baru juga dibangunkan sebagai zon kediaman selesa yang dilengkapi dengan infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan bandar mapan.

Rata-rata penduduk di DUN ini pula sama ada bekerja sebagai kakitangan awam, sektor swasta atau menjalankan perniagaan sendiri.

Nikmat pembangunan yang dikecapi ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan pada masa sama mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

Di Bukit Baru juga terdapat pejabat Pendidikan Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Akademi Kastam Diraja Malaysia, Hospital Melaka, Hospital Pakar Pantai, Kem Askar Rejimen 514 di Bukit Beruang, Kompleks Mahkamah, pejabat MBMB dan MPHTJ.

Selain itu, terdapat pusat beli-belah seperti Jaya Jusco dan Melaka Mall.


Rumah Melaka dan Dewan Tun Ali adalah antara dua mercu tanda baru di sini yang menjadi produk pelancongan terbaru.

Dewan Tun Ali adalah dewan paling besar dengan pelbagai kemudahan dibina boleh disewa untuk sebarang majlis keraian seperti majlis makan malam dan sebagainya bagi kegunaan penduduk di sekitar Bukit Baru.


Terbaru dewan tersebut telah menganjurkan Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah Parlimen Bukit Katil dihadiri kira-kira 81,265 orang 10 Februari lalu.

Ia merupakan karnival PIBG teramai pernah dianjurkan di negara ini hingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR).

Bagi Rumah Melaka pula ia dijadikan sebagai produk pelancongan apabila menempatkan galeri perabot.

Di samping itu beberapa buah hotel penginapan terdapat di sini seperti Beruang Hill, Hotel Kings, Hotel Kancil dan Hotel Hallmark.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]