Wednesday, April 4, 2012

PSC - BERTUKAR JADI DRAMA DI PARLIMEN


Jangan Politikkan Ketelusan PSC
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwa cuba mempolitikkan laporan PSC.
Dr Ongkili turut menafikan dakwaan ahli jawatankuasa PSC Pembangkang yang didakwa tidak diberi ruang untuk memuatkan laporan minoriti berhubung perkara asas pilihan raya.
Sebaliknya beliau berkata perkara itu sudah diputuskan melalui undi belah bahagi.
Dr Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata perkara yang ditimbulkan pembangkang pernah dibangkitkan dan dibincangkan dalam jawatankuasa dan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.
Bukan itu sahaja, beliau menegaskan jawatankuasa pernah memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengemukakan cadangan alternatif dalam setiap isu yang ditimbulkan.
Antaranya ialah isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi berkongsi alamat sama.
"Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?
"Saya sedih jika isu ini digunakan untuk kepentingan politik sedangkan dah peruntukkan banyak masa untuk tubuhkan PSC.
"Kita mesti berfikiran wajar. Tolonglah jangan timbulkan isu ini hanya atas sebab kepentingan politik," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
Beliau turut menyifatkan laporan PSC sebagai laporan yang paling 'bermurah hati'.
Ahli Parlimen Kota Marudu ini berkata sebuah lagi jawatankuasa khas lain akan diwujudkan dan ia akan dipilih Dewan Rakyat.
Jawatankuasa khas itu nanti akan memantau perjalanan pembersihan pilihan raya serta cadangan yang dikemukakan PSC.
"Cadangan itu tidak mampu diselesaikan dalam sekelip mata, perlukan masa,” katanya.

Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh

246 views
Email
KUALA LUMPUR, 3 APR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah.
Menurutnya, Speaker tidak mahu melayan perbahasan tersebut sedangkan beliau (Speaker) mencabar ahli Parlimen Pakatan sebanyak tiga kali untuk mengemukakan amalan berhubung alasan amalan ini.
“Daripada awal sidang, ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.
“Speaker menolak dengan alasan tidak pernah ada amalan dalam negara Komanwel berhubung perkara berkenaan.
“Speaker baca amalan di New Zealand, tetapi dia hanya baca separuh, tidak lengkap. Sedangkan negara-negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Jamaica membenarkan amalan ini.
“Bila beberapa ahli Parlimen bangkitkan isu amalan ini, dia tidak hadir, dia masuk terus gantung  (ahli Parlimen),” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen.
Anggota PSC Pakatan pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.
Usul itu dikemukakan oleh MP Gombak, Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Walaubagaimanapun, usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar.
Meraka adalah Azmin, MP Subang, R.Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Speaker dilihat enggan menerima pandangan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan berhubung amalan tersebut, sedangkan beliau sendiri meminta mereka berbuat demikian.
“Bagi saya, Speaker akan dilihat lebih berjiwa besar sekiranya dia boleh memperbetulkan kesilapan apabila kita telah mengemukakan hujah yang cukup konkrit.”
Mahfuz berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) ini diterima dalam keadaan yang jelas membuktikan terdapat banyak lagi kepincangan dalam sistem pilihanraya.
Kenyataan itu turut dipersetujui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan kejadian sedemikian rupa adalah insiden paling memalukan dalam sejarah 53 tahun Parlimen di Malaysia.
Menurutnya, Speaker dilihat gagal mengawal dewan sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara dalam Parlimen.
“Kejadian yang berlaku hari ini jelas menunjukkan Speaker telah melakukan kesilapan, bersikap berat sebelah dan tidak rela memperbetulkan kesilapan beliau.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]