Monday, April 30, 2012

TERIMA KASIH PDRM.


MONDAY, APRIL 30, 2012

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat

Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi. 

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.

Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut. 

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan. 

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi. 

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.

Selama dua minggu polis memberi muka dan bersabar kepada puak-puak lahanat tersebut . Tetapi makin diberi muka mereka makin naik toncang. 

Bermula dengan perhimpunan anti PTPTN pada 14.April.2012. Mereka berhimpun depan Sogo, kemudian berarak ke Dataran Merdeka sehingga sehingga menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam. Kemudian mereka nak berkhemah di Dataran Merdeka. Polis tidak masuk campur, hanya DBKL sahaja. 

Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Sabtu 28 April 2012, seawal jam 12.01 tengah malam mereka mula berkumpul dan buat huru-hara berdekatan Dataran Merdeka sehingga jalan raya menjadi sesak. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan menghalang hak rakyat. 

Sejak jam 6.30 pagi Sabtu saya berada di sekitar kawasan Pudu Raya, Petaling Street dan Pasar Seni untuk melihat dengan mata sendiri apa yang akan terjadi pada hari tersebut. Seawal jam 7 pagi peserta-peserta demo sudah tiba dengan memakai baju kuning dan hijau . Kebanyakan mereka tiba dengan bas di Pudu Raya dan LRT di Stesen Pudu.

Simpang Kota Raya-Jalan Sultan
Jam 10 pagi mereka sudah mula berkumpul tepi jalan sekitar Jalan Sultan dan bangunan Kota Raya. Kemudian mereka berkumpul ditengah-tengah jalan raya sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas termasuklah bas-bas yang keluar masuk Pudu Raya. Sedangkan mereka kata perhimpunan akan bermula jam 2 petang.

Jam 11 pagi mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan berarak sambil menjerit-jerit mengikut laluan yang ditetapkan dan akan bertembung kembali di Dataran Maybank. 

Keadaan lalu lintas tidak terkawal apabila mereka membuat halangan atas jalan raya, dan tutup jalan sesuka hati mereka. Manakala peniaga-peniaga mula tutup kedai. Mereka buat seperti mak bapak mereka punya jalan. Mereka boleh ishtihar mereka berhimpun secara aman. Tetapi mereka tak sedar yang tindakan mereka berarak sana sini telah menimbulkan kekacauan lalu lintas. Apabila satu jalan mula sesak, selepas itu kesesakan akan berantai-rantai sehingga ke jalan-jalan lain dan akhirnya semua jalan masuk ke pusat bandar sesak dan berantai-rantai pula ke pinggir bandar. Akhirnya polis yang akan dimarahi orang ramai kerana tidak mengawal lalu lintas. Sedangkan arahan polis puak-puak lahanat tidak patuh. 

Depan Menara Maybank
Sepanjang berada disana saya perhatikan setiap kali kenderaan polis lalu mereka akan sorak dan maki. Termasuklah kepada helikopter polis yang sedang memantau dari udara. Itu pun mereka sorak dan maki juga. Gilakan ? 

Jam 12 tengahari mereka mula naik sheh apabila ada pemimpin-pemimpin mereka mula tiba dan berucap di Dataran Maybank. Jam 1 tengahari mereka semakin menggila dan keadaan semakin tidak terkawal. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya bergerak ke arah Pasar Seni . Di depan Bangkok Bank saya lihat gerombolan peserta demo berarak sambil menjerit-jerit. Unit amal Pas yang berbaju merah berada di barisan hadapan sambil meniup wisel dan menjerit-jerit supaya memberi laluan. Rupa-rupanya Ambiga yang berada dalam gerombolan tersebut untuk menuju ke Dataran Merdeka. Lebih kurang sejam disana, tiba-tiba unit amal Pas mengeluarkan arahan supaya bergerak ke Dataran Maybank dan tunggu arahan selanjutnya. 

Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.
Disana keadaan juga peserta-peserta demo menggila. Tiba-tiba mata dan hidung terasa pedih kena gas pemedih mata yang dibawa angin. Tekap muka dengan tuala basah. Dua malam boleh tidur lena. Selesai masalah resdung saya apabila kena gas pemedih mata.

Melalui sistem BBM, rakan yang berada di Dataran Merdeka memaklumkan polis mula melepaskan pemedih mata setelah peserta-peserta demo mula bertindak ganas dengan membuka halangan masuk ke Dataran Merdeka selepas disuruh Anwar dan Azmin. 

Semuanya kerana lampu hijau dari Anwar dan Azmin. Bagi peserta-peserta demo biasa atau pun yang bukan totok Pas dan PKR mereka mula bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan. Termasuklah orang-orang cina yang sebelum itu begitu ramai.

Amiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah
Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina.  Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ? 

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita. 

Anggota polis sedang dimaki dan dicaci
Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?  

Apabila mereka kalah undi Pos mereka kata SPR yang memanipulasi undi berkenaan. Mereka tidak pernah sedar yang tindakan-tindakan bodoh mereka itu membuatkan polis tidak mahu mengundi mereka. 

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.

London 2011
Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka. 

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan. 

Jika anda lihat ada blog-blog pembangkang tunjuk gambar perusuh dipukul polis, itu perkara biasa bagi mana-mana polis dalam dunia ini apabila berdepan dengan perusuh. Tidak ada polis dalam dunia ini yang berhadapan dengan perusuh seperti pakar kaunseling berdepan dengan orang yang mendapatkan khidmatnya. 

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 

London 2011
London 2011
Italy 2010
Sepanyol 2012
China 2009 
Greece 2012

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]