Thursday, June 7, 2012

MEMANG SENANG BUAT DAKWAAN......


Kerana @RafiziRamli , ramai rakyat Selangor terpaksa gadai harta!


Pertama sekali, adakah kita benar-benar pasti bahawa apa yang berlaku ini bukan disebabkan oleh arahan Rafizi selaku Penasihat kepada Penasihat Ekonomi RM 1 Selangor kepada pengurusan UNISEL untuk tidak membuat permohonan pinjaman kepada para pelajar baru?!!

Secara logiknya, takkanlah beliau mahu membuat permohonan pinjaman kepada badan/institusi yang beliau sendiri tentang?!!

Kami bukan hendak menjustifikasi amalan politik dendam. Tetapi cuba letakkan diri anda di pihak PTPTN seketika.

Adakah anda akan memberikan pinjaman kepada pihak yang menentang anda secara terang-terangan, sehingga mencetuskan kekacauan di tempat awam?!! Malahan, sehingga melibatkan seks terbuka?!!

 

Adakah anda mahu mengeluarkan pinjaman kepada sebuah institusi/Kerajaan yang terang-terangan berkempen untuk tidak membayar hutang anda kembali?!!






Jadi, sekarang apabila PTPTN enggan keluarkan pinjaman kepada UNISEL yang dipimpin oleh mereka yang menentang, adakah wajar Menteri Pengajian Tinggi pula yang dipersalahkan?!!

Dan apabila ramai rakyat Selangor yang terpaksa menghabiskan wang simpanan, menjual tanah pusaka dan harta benda semata-mata kerana ingin melihat anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke IPT, bukankah Penasihat kepada Penasihat RM 1 Ekonomi Selangor yang sepatutnya dipertanggungjawabkan?!! Sebabnya, beliau sendiri yang mendabik dada mendakwa pendidikan percuma boleh diberikan menggunakan hasil negeri /Kerajaan yang tidak diselewengkan.

Jadi, kami menyarankan agar para ibubapa yang menghadapi kesukaran melunaskan kos pengajian anak mereka di UNISEL agar memanjangkan terus tuntutan kepada pejabat Penasihat kepada Penasihat kerana 'lebihan' wang rakyat yang dapat dijimatkan hasil pentadbiran cekap dan telus Kerajaan Negeri pasti dapat menampungnya!

Lagi baik, untuk elakkan daripada menganiaya para pelajar yang tidak berdosa, PTPTN hanya keluarkan pinjaman elaun sara diri sahaja kepada para pelajar, sebab Kerajaan Selangor pimpinan DAP sudah janji untuk beri pendidikan percuma kepada semua!




* Tanggung dulu yuran pra-sekolah tadika PASti, baru boleh cerita pendidikan percuma untuk IPT. 

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]