Monday, June 11, 2012

MENGAPA PEMIMPIN PKR "KEBAL"

MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya apakah kehebatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga apa juga isu yang melibatkan mereka seolah-olah berakhir begitu sahaja.

Cuba fikirkanlah bermula dengan pembohongan penubuhan kerajaan melalui pintu belakang selepas pilihanraya umum 2008, masalah salah laku moral sehinggalah kepada pengumpulan harta yang luar biasa pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah selamat.

Selain itu, mereka juga tidak dikenakan apa-apa tindakan biar pun terang-terang melakukan fitnah dengan membentangkan fakta yang tidak benar mengenai pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Malahan seolah-olah tanpa perasaan malu, mereka akan muncul di khalayak ramai untuk terus mempertahankan fitnah mereka, biar pun fakta menunjukkan sebaliknya.

Mereka juga menolak semua dakwaan yang dikenakan ke atas mereka dan berhujah semua ini berlaku hanya kerana 'dosa mereka melawan UMNO'.

Oleh itu buatlah desakan sebanyak manapun, bentanglah ribuan fakta atau apa sajaia sedikit pun tidak akan menjejaskan pemimpin-pemimpin PKR itu ada yang antaranya telah dianggap anugerah Tuhan bagi rakyat Malaysia.

Keadaan ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang akan diserang habis-habisan, biarpun dakwaan ke atas mereka hakikatnya benar-benar satu fitnah oleh pembangkang.

Sikap pemimpin BN yang sanggup melepaskan jawatan bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan ternyata secebis pun tidak pun tidak ada pada pemimpin-pemimpin PKR.

Inilah corak politik yang diamalkan oleh pembangkang, sehingga memungkinkan mereka meraih sokongan yang tidak sepatutnya apatah lagi daripada sesetengah rakyat yang tidak mahu berfikir panjang.

Tetapi faktor utama kenapa pemimpin-pemimpin PKR menjadi kebal adalah disebabkan sokongan tidak berbelah bagi PAS. Walaupun telah mencetuskan pelbagai kontroversi, dan tindakan yang tidak sepatutnya namun pemimpin-pemimpin PKR sentiasa selamat.

Ini kerana pemimpin-pemimpin PAS akan muncul sebagai pembela mereka dan akan menuduh apa yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin PKR adalah konsperasi politik UMNO.

Malahan ada tok guru PAS yang begitu menyanjung seorang pemimpin PKR dan menganggap apa yang berlaku kepada pemimpin itu hanyalah fitnah yang dibuat oleh UMNO sejak dulu lagi.

Adakah ini bermakna bahawa dendam kesumat sesetengah pemimpin tersebut kepada UMNO masih lagi belum terurai lagi? Oleh itu cakaplah apa sahaja fasal pemimpin berkenaan, beliau pasti selamat kerana disokong oleh tok guru dan penyokong tegar PAS. Dan keadaan ini juga tentulah mengembirakan DAP yang juga rakan sekutu PAS memandangkan PAS sentiasa kedepan membela rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Usahlak kita bercakap atau bertanya kepada PAS tidak melihat dari segi Islam kerana ianya hanya membuang masa memandangkan PAS bukan parti Islam sebaliknya PAS sama sahaja dengan DAP dan PKR.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]