Saturday, June 16, 2012

MULUT TEMPAYAN YANG TIDAK BOLEH DITUTUP....


Siapa Lagi Yang Akan Tolong Azmin Tutup Mulut?

Melihat gelagat Azmin Ali dalam tempoh terdekat ini, sememangnya sudah cukup untuk memberitahu kita bahawa kekasih gelap Anwar Ibrahim itu berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Terdesak untuk mempertahankan kuasa dan keberadaannya dalam politik negara menjadikan Azmin Ali cuba menggunakan kesemua sumber yang dia ada.
Ampang membekalkan kekayaan yang menambahkan lagi luar biasanya jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Azmin Ali. Bukan lagi rahsia besar bagaimana Azmin Ali dengan dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin merompak ‘kekayaan’ MPAJ menerusi proksi-proksi mereka setelah kejayaan Khalid Ibrahim menyingkirkan Alam Flora Sdn. Bhd. dalam kerja-kerja pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.
Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin sebenarnya tidak bersendirian. Di seluruh Selangor, para pemimpin PKR dan DAP juga sibuk berebutkan kekayaan negeri untuk tembolok dan perut sendiri. Sehinggakan ada yang menggunakan samseng dan bekas penjenayah sebagai proksi dan kakitangan mereka, bagi memastikan mereka dapat mengaut kekayaan negeri ini.
Zuraidah dan Azmin Ali di Ampang merupakan pemimpin kanan Pakatan Rakyat Selangor yang terlibat menggunakan tenaga samseng dan penjenayah serta bekas penjenayah. Beberapa orang Ahli Majlis MPAJ telah pun disahkan sebagai pemilik pusat-pusat hiburan haram, selain terlibat dengan kegiatan ceti haram, bahkan pengedaran najis dadah, telah diambil oleh kedua-dua orang pemimpin kanan PKR itu untuk mewakili kepentingan mereka di MPAJ.
Serangan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin terhadap Azmin Ali, membuatkan Timbalan Presiden PKR itu terkedu dan terkesot. Agak aneh juga, Anwar Ibrahim yang cukup gah dengan slogan LAWAN TETAP LAWAN, langsung tidak berani  mengangkat muka terhadap pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin yang suatu ketika dahulu cukup dibanggakan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan pendedahan tentang harta kekayaan melampau yang dimiliki oleh Azmin Ali serta tidak sepadan dengan pendapatannya, cuma dinafikan oleh Azmin Ali dengan nada yang tidak bersungguh-sungguh. Tiada lagi LAWAN TETAP LAWAN, sebaliknya Azmin Ali mahupun Anwar Ibrahim memilih untuk tidak mengendahkan persoalan berkenaan.
Dalam keadaan sekarang, dapat dilihat dengan jelas bagaimana Azmin Ali sebenarnya sedang tersepit. Selepas ‘disumpah’ oleh ibunya sebagai anak derhaka, ulah dan musibah tidak henti-henti melanda Azmin Ali. Lebih malang lagi, musibah yang melanda Azmin Ali tidak terhenti setakat dirinya sahaja, bahkan turut menjadi tempias yang mengenai batang tubuh setiap orang ahli keluarganya. Sehinggakan cerita lama bagaimana dia menukar darah anak-anaknya untuk membuktikan bahawa salah seorang anaknya adalah anak kandungnya, kembali terdedah.
Dan sama seperti dalam kes-kes yang lain, Azmin Ali terpaksa tutup mulut tentang hal berkenaan terutama sekali apabila didedahkan, darah yang digunakan sebagai sampel untuk perolehan DNA, diserahkan sendiri oleh Azmin Ali kepada pihak klinik yang diupahnya, bukan kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisa.
Dari semasa ke semasa, Azmin Ali terus didedahkan sebagai petualang yang sanggup memperdagangkan isteri dan anak-anaknya demi mencari kemasyhuran dan kekayaan. Dan setiap kali pendedahan dibuat, Azmin Ali akan tutup mulut dan berpura-pura tidak ambil pusing dengan segala macam persoalan berkenaan.
Anwar nampaknya tidak mampu lagi melindungi Azmin Ali daripada terus kena serang. Sebabnya, Anwar sendiri tidak menang tangan untuk menepis setiap persoalan terutama tentang beberapa akaun kewangan yang bernilai lebih RM30 bilion miliknya yang dijaga dan diatasnamakan kepada kroni-kroninya.
Siapa lagi yang akan menolong Azmin menutup mulutnya rapat-rapat?
Rasa-rasanya, Azmin Ali hanya mampu mendiamkan diri tetapi pada masa yang sama, dia juga sedar, dosa-dosanya sedang memburunya sehinggalah dia kembali ke liang lahad!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]