Tuesday, June 19, 2012

PRU 13 : NAK TAHU KISAH NIK AJIS DAN PAS....IKUTI CITER INI...


Kisah Nik Aziz...



MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. 

Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.



Nik Aziz 1



Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. 

Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Nik Aziz 2



Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. 

Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu.

Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. 

Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...

NIK AZIZ 3



Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat...



LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.


SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.

"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.

Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]