Wednesday, August 29, 2012

SIAPA CALON KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU?


Sudah seminggu lebaran berlalu, namun cerita ketika balik kampung pasti banyak yang mengamit memori. Sama ada yang manis dan pahit atau menggembirakan dan memilukan.

Begitu juga di Melaka. Ramai anak perantau sudah kembali ke tempat kerja atau lokasi pemastautin baru masing-masing selepas melepaskan rindu bersama ibu bapa dan sanak saudara.

Ini termasuk kisah politik kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan parti politik saingannya sama ada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Rumah terbuka

Berdasarkan pertemuan dengan beberapa perantau sepanjang menghadiri rumah terbuka di sekitar Melaka, banyak kisah dibualkan. Cerita nombor satu yang mereka ingin tahu sangat adalah membabitkan hala tuju sebenar Mohd Ali dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mereka ingin tahu sama ada beliau akan kekal bertanding di DUN Bukit Baru atau berpindah ke Parlimen Bukit Katil, sekali gus melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada siapa berani memberi jawapan meyakinkan terhadap idea Mohd Ali berpindah ke Pusat. Namun jika ditanya pada UMNO Bahagian Bukit Katil, majoritinya menolak idea itu. Begitu juga pengundi DUN Bukit Baru yang diwakilinya ketika ini.

Tanding Parlimen

Sebenarnya, bila idea supaya Mohd Ali berpindah ke Parlimen pada PRU13 diketahui ramai, ia sebenarnya memberi impak berantai. Antaranya, persoalan timbul pula, siapa bakal mengisi jawatan Ketua Menteri? Kerusi Parlimen mana beliau hendak bertanding?

Di Melaka kini, antara nama sering disebut untuk mengambil tempat beliau itu adalah Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Wira Idris Haron; Ketua UMNO Alor Gajah, Datuk Abd Ghafaar Atan; dan Ketua UMNO Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah. Ada juga berani menyatakan nama Timbalan Ketua UMNO Bukit Katil, Datuk Md Yunus Hussin; Ketua Penerangan UMNO Jasin, Datuk Hasan Rahman dan bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zaini Mohd Noor.

Kedudukan Rahim

Selain Mohd Ali, isu lain yang hangat diperkatakan adalah mengenai kedudukan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Rahim Tamby Chik atau lebih dikenali RTC yang mungkin membuat ‘come back’.

Adakah kemungkinan Parlimen Masjid Tanah yang kini diwakili Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bakal menjadi persinggahannya. Ada juga nama lain disebut bertanding di situ.

Ini termasuk Naib Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Talib Bachik; Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermiyati Samsudin dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh.

Isu lain yang turut hangat diperkatakan ketika ini adalah membabitkan Abd Ghafaar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek. Beliau dikaitkan akan berpindah ke DUN Asahan menerusi pertukaran kerusi dengan Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Perumal. Selain itu, berkaitan pengganti Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn yang dijangka menjadi milik Setiausaha MCA Melaka, Datuk Koh Nai Kwong.

Di Parlimen Jasin pula, ia berkisar mengenai pertukaran kerusi antara UMNO dan MCA, membabitkan DUN Rim yang diwakili Mohd Yazed Khamis dan Bemban (Chua Kheng Hwa). Tidak ketinggalan isu Gerakan tidak akan melepaskan DUN Bachang di Parlimen Bukit Katil. Sebelum ini ada ura-ura kerusi itu akan ditandingi UMNO dengan alasan ia boleh menang, berbanding rakan komponennya dalam BN itu.

Bagi MCA pula, ia membabitkan kedudukan Pengerusinya, Datuk Gan Tian Loo. Ada laporan awal menyatakan beliau mungkin akan berpindah kerusi kerana DUN Duyong diwakilinya sekarang tidak selamat, berikutan peningkatan pengundi Cina.

Tambah menghangatkan gosip itu, apabila ada laporan menyatakan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong Sang yang kini mewakili kerusi Kesidang bakal bertanding di situ pula.

Itu kisah mengenai politik dalam BN. Kisah mengenai perkembangan politik PAS dan PKR pula berbeza. Namun secara umumnya tidak banyak diketahui mengenai gerakan mereka di Melaka.

Apapun, semua yang dikisahkan untuk perantau ini hanya akan menemui jawapan sebaik Parlimen dibubarkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada selepas musim haji atau Tahun Baru Cina tahun depan. Jumpa lagi. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Penulis adalah Ketua Biro BH Melaka.

PANDANGAN PPUBJ:

Nampaknya ramai yang berminat membaca artikel ini. Tahniah ler.... Soal YAB KM buat penjelasan di akhbar NST telah menarik minat ramai untuk mengetahui karier politik YAB DS Mohd Ali Rustam sama ada sudah sampai ke penghujung ? Reaksi spontan daripada masyarakat di Melaka berbeda-beda. 

Ada yang kata eloklah beliau ke pusat atas alasan dah lama di Melaka. Sementara orang keliling Tok Ali pula masih mempertahankan beliau wajar di sambung khidmatnya di Melaka, rasanya kita semua tahu alasannya. Orang parti pula berbelah bahagi. Ada yang masih mahu dikekalkan kerana menurut mereka agenda KM belum selesai, mana kala yang berminat nak jadi KM pula sudah tentu suka jika Tok Ali berpindah. Begitulah reaksi orang parti.

Apa pun kita serahkan pada PM. Tentu Pm ada sebab-sebab yang lebih relevan untuk kekalkan Tok Ali sama ada di Melaka atau berpindah di pusat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]