Apabila Setiausaha Agung UMNO / BN mengatakan bahawa masih terdapat lagi dikalangan kepimpinan UMNO Bahagian yang tidak boleh ditegur ternyata masih ada lagi pemimpin yang belum buat agenda transformasi diri bagi menghadapi arus politik baru. Keengganan mereka untuk tidak berubah sama sekali tidak seiring dengan nasihat Presiden dan Timbalan Presiden agar berubah atau rebah. Sikap ini pastinya akan menyusahkan parti bagi menghadapi PRU 13 yang dilabelkan ibu segala pilihanraya. Begitulah bila dah terlalu lama jadi Ketua Bahagian segala-galanya mahu mememntingkan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan parti.
Sindrom tidak boleh diteur dikalangan kepimpinan UMNO dipelbagai peringkat bukannya bende baru. Ianya isu lama dan dikhuatiri akan menjadi "budaya" dalam parti. Cuba bayangkan jika teguran SU Agung sendiri tidak diambil perhatian jika yang menegurnya bukan ahli lagi teruk jadinya. Tsunami 2008 seolah-olah tidak memberikan apa-apa pengajaran berguna kepada pemimpin yang begini. YAB Presiden telah pun menunjukkan contoh kepada semua peringkat pemimpin bagaimana menawan hati rakyat dan pengundi tapi nampaknya contoh tersebut dipandang enteng oleh pemimpin bahagian. Bila ditegur sikit mulalah merajuk malah ada yang merajuk bawa diri kepada pembangkang dan mulalah edisi memburuk-burukkan UMNO/BN.
Terfikir di minda penulis adakah itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada keengganan golongan elit, profrsional dan bijak pandai Melayu sukar mendekati UMNO dan keahlian mereka seringkali dijadikan isu untuk tidak menerima keahlian. Persoalan yang terpancar di sini sampai bila kepimpinan UMNO Bahagian akan bersikap begini ? Hanya masa dan keadaan yang bakal menentukannya. Sekarang ini UMNO Bahagian sedang menlangsungkan mesyuarat bahagian masing-masing bagi yang belum bermesyuarat. Rasanya inilah masa terbaik untuk semua keringkat kepimpinan menjalankan semula muhasabah diri mana yang lebih utama dalam perjuangan parti atau kepentingan diri?
1 comment:
(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
Post a Comment