Tuesday, August 21, 2012

SOALNYA MENGAPA KARPAL SEORANG SAJA YANG BANTAH?


'Saya tidak anti-Islam'

UTUSAN: Apa komen Yang Berhormat (YB) berhubung kenyataan Nasharudin yang mendakwa YB bukan sekadar anti hudud tetapi juga anti-Islam?

KARPAL: Saya bukan anti-Islam, Islam merupakan sebuah agama, saya tidak pernah menentang agama Islam, bagaimana boleh melabelkan saya seperti itu? Saya hanya menentang secara terang-terangan konsep negara Islam itu yang boleh mengamalkan hukum hudud.


Hukum hudud boleh diamalkan di negara-negara Islam, contohnya di Arab Saudi dan Iran. Saya menentang hudud kerana ini bukan negara Islam, ini negara sekular. Oleh itu bagaimana mahu melaksanakan ia di sini?

Pada tahun 1988, Mahkamah Agung telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular. Bagaimana boleh menubuhkan negara Islam? Saya juga menentang penubuhan negara Islam kerana ini bukan negara Islam, ini negara yang meliputi pelbagai kaum. Saya dan DAP tetap dengan pendirian, kami menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukuman hudud.
Malaysia merupakan negara sekular, tidak ada sebarang perubahan dalam perkara ini.



Bagaimana YB melihat kenyataan Nasharudin itu?

Kenyataan beliau sungguh tidak matang dan tidak bertanggungjawab. Saya berpendapat beliau bercakap bukan di bawah kapasiti sebagai pemimpin Pas. Beliau bukan suara untuk Pas. Itu adalah pandangan peribadi beliau yang sungguh mengecewakan. Tindakan menuduh saya sebagai anti Islam adalah sesuatu yang tidak dapat saya bertolak ansur. Saya dalam perkiraan untuk menyaman beliau kerana mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang.

Dalam soal hukum hudud dan negara Islam, apakah pendirian tegas YB dan DAP akan terus kekal?

Sampai bila-bila pun, inilah pendirian kami (DAP), menentang penubuhan Islam yang boleh mengamalkan hukum hudud. Tetapi jangan manipulasi kenyataan saya dengan mengatakan tindakan menentang konsep negara Islam itu bersamaan dengan menentang Islam. Saya tekankan sekali lagi, saya atau DAP tidak pernah sesekali menentang agama Islam. Adalah dua perkara yang berbeza, menentang agama Islam dan menentang konsep penubuhan negara Islam.

Pas haruslah menerima hakikat sebenar, sehingga akhir, kami tidak akan sesekali berkompromi dengan soal negara Islam dan hudud... sampai bila-bila, Pas harus sedar dengan realiti ini.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]