Sebuah organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan sebagai “kumpulan hak asasi manusia bebas”. Maka, siapakah mereka? Yang membinggungkan ialah, ketika kumpulan tersebut menyerang Perdana Menteri Najib Razak secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri. Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang kumpulan tersebut.
Selepas membuat sedikit penyelidikan media, kami dapat mengumpul dan menyusun biografi-biografi di bawah. Seperti mana yang anda dapat lihat, kumpulan tersebut dikuasai oleh gabungan-gabungan PKR, pegawai-pegawai dan ahli-ahli politiknya.Dan ini hanya maklumat yang kami tahui. Gambar yang didedahkan di atas menunjukkan hubungan yang telah lama wujud antara ahli-ahli SUARAM dengan Anwar Ibrahim dan kepentingan-kepentingannya. Kenapakah ini penting? Pertama sekali, use Scorpene yang berkontroversi telah dipanaskan kembali kebelakangan ini semata-mata kerana tuntutan-tuntutan tidak berasas oleh SUARAM, dan gambaran yang licik tapi mengelirukan tentang proses undang-undang Perancis. Adalah amat keterlaluan bahawa dakwaan serius sedemikian rupa boleh berdasarkan kepada perkataan-perkataan oleh satu kumpulan yang jelas bermotifkan politik tanpa soalan. Secara asasnya, adalah amat sinis dan tidak jujur (malahan merosakkan reputasi negara kita) untuk mengamalkan politik partisan sebegini cara. Sedihnya, kami telah melihat kejadian tersebut sebelum ini (kononnya “misi pencarian fakta antarabangsa” oleh Anwar). Cukuplah. Sila kongsi laman web ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka dapat mengetahui siapa SUARAM sebenarnya.
|
Thursday, September 6, 2012
INGIN TAHU SUARAM - BACA INI.
Label:
AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
Nalini Elumalai
K. Arumugam
Cynthia Gabriel, Pengarah
Sivarasa Rasiah, Pengasas Bersama
Tian Chua
Dr Syed Husin AliDr Syed Hussein Ali ialah senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Dia ialah ahli utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai naib presiden selepas penggabungan parti dengan Parti Rakyat Malaysia (Parti PRM)
Premesh ChandranPramesh Chandran ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif portal berita Malaysiakini yang pro-Pakatan Rakyat. Dia ialah kawan rapat Tian Chua; mereka pernah menjadi ahli Network of Overseas Students Collective of Australia (NOSCA) bersama dengan Elizabeth Wong.
Elizabeth WongElizabeth Wong ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Lanjang dan juga EXCO negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna, dan Alam Sekitar. Dia juga ialah Ketua Informasi untuk Wanita Parti Keadilan Rakyat dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.
Irene FernandezIrene Fernandez ialah ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan pengarah dan pengasas bersama organisasi hak asasi manusia Tenaganita yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan.
Dr Kua Kia SoongDr Kua Kia Soong pernah menjadi ahli parlimen (1990-1995) untuk Petaling Jaya di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat.
Irene Xavier
Dr. Nasir HashimDr. Nasir Hashim ialah pengerusi untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kota Damansara, jawatan yang sebelum ini dimenangi di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat.
S. ArutchelvanS. Arutchelvan ialah ahli pengasas dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Julian Jayaseela, 1st CoordinatorJulian Jayaseela pernah menjadi pengarah eksekutif organisasi HIV/AIDS Pink Triangle sebelum ini. Dia juga menerbit filem, dan merupakan pengarah syarikat produksi Nuansa Films.
Lee Siew Hwa, 3rd CoordinatorLee Siew Hwa ialah aktivis yang bekerja untuk Jawatankuasa untuk Wanita Asia (CAW). Dia adalah amat lantang tentang sentimen anti-kerajaannya.
Charles Hector Fernandez, 2nd CoordinatorCharles Hector ialah peguam, dan bekas ahli Majlis Peguam Malaysia. Dia ialah seorang aktivis dan menulis blog tentang isu-isu hak asasi manusia secara konsisten.
Bruno Gentil Pereira
Yap Swee Seng, Bekas Pengarah Eksekutif
No comments:
Post a Comment