Monday, September 24, 2012

SUARA HARAM GATE


SUARAM tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia menerusi serangan bertalu-talu mereka menggunakan fitnah kapal selam Scorpene dan urusniaga Perimekar dalam mendapatkan aset ketenteraan itu. SUARAM juga sentiasa meningkatkan usaha menfitnah untuk mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan fakta-fakta yang serba melucukan dan saling bercanggah antara satu sama lain.

Keberkesanan SUARAM dipertingkatkan dengan sokongan dan publisiti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR yang tidak pernah kenal erti moral, dan takut dengan undang-undang. Anwar Ibrahim merupakan ornag yang paling kuat bercakap tentang Najib sebagai pembunuh model Mongolia itu. Manakala para penyokongnya pula sehingga ke hari ini masih berusaha mengaitkan Altantuya dengan Najib walau dengan cara apa sekalipun.
Anehnya di sebalik kesungguhan mereka itu, tidak pula mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan bukti dan fakta-fakta yang lebih bernilai bagi setiap tuduhan mereka.
Rupa-rupanya apa yang dilakukan oleh SUARAM selama ini mempunyai dalang di belakang mereka.
Walaupun sebelum ini, SUARAM didakwa mendapat bantuan dana dan kepakaran asing untuk operasi mereka, namun SUARAM sentiasa berjaya mengelak daripada memberikan jawapan sebenar. Pendedahan yang kurang bersungguh-sungguh dan ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa tentang modus operandi serta dana asing yang menjadi tulang belakang SUARAM, membuatkan agen-agen Zionis dalam SUARAM yang berselindung sebagai rakyat Malaysia begitu
Kini punca dana mereka telah terbongkar. Tindakan pihak berkuasa menyerbu pejabat SUARAM telah membuatkan agen Zionis itu bertindakbalas. Mereka enggan bekerjasama dan membantu pihak berkuasa mendedahkan perkara sebenar. Sebaliknya dengan memanipulasi undang-undang, SUARAM berjaya menghalang pihak berkausa daripada mengambil fail-fail serta dokumen-dokumen penting. Tidak itu sahaja, merka juga berjaya menghalang petugas undang-undang daripada memasuki pejabat mereka.
Dan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa serta kerajaan, SUARAM lantas membangkitkan ikrarnya untuk meneruskan isu fitnah Najib Abdul Razak, Perimekar dan Sorpene biarpun mereka tidak pernah ada bukti meyakinkan. Manakala bantuan dari pihak luar negara pula memberikan isyarat bahawa kenyataan mereka akan menurunkan harga-harga saham dan imej Malaysia akan tercemar sebagai negara yang menyekat hak asasi manusia serta tidak telus.
Mengapa SUARAM begitu megah dan angkuh?
Sudah tentu kerana modal Zionis yang ada di belakang setiap operasi mereka. SUARAM hanyalah ‘anak syarikat’ kepada PKR dan Anwar Ibrahim yang menjadi mudir sebenar. SUARAM hanyalah tempat Zionis ‘melaburkan’ wang kepada Anwar Ibrahim secara tidak ketara. Dek kerana itulah, sasaran SUARAM secara konsisten adalah Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN.
SUARAM mahupun pendalang-pendalang mereka tidak peduli tentang pembunuhan Altantuya. Bahkan besar kemungkinan mereka memang terlibat dalam pengaturan pembunuhan berkenaan berdasarkan butiran yang mereka keluarkan, jauh lebih terperinci dan sangat mirip dengan kenyataan daripada saksi pertama di tempat kejadian sewaktu pembunuhan itu berlaku.
Antara satu sebab SUARAM ditubuhkan selain daripada penyaluran dana Zionis kepada Anwar Ibrahim ialah untuk memastikan penurunan harga-harga saham blue chip atau saham-saham utama. Sebarang pergolakan dalam negara yang membabitkan politik atau apa-apa sahaja, pasti akan memberi kesan yang keterlaluan kepada pasaran saham di Malaysia.
Apabila harga-harga saham utama itu turun ke paras terendah, pembelian secara pukal oleh pemodal-pemodal asing yang sudah tentulah bertangankan Zionis akan dilakukan. Secara tidak langsung, pembelian dan penguasaan tersebut akan menyebabkan syarikat-syarikat utama di negara ini yang menjadi sebahagian daripada pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan bagi proses peningkatan sosio-ekonomi negara akan dikuasai oleh pihak asing.
Bentuk penjajahan ekonomi ini telah dilakukan oleh Zionis di beberapa buah negara. Malaysia hampir-hampir menjadi mangsa menerusi kesungguhan Anwar Ibrahim untuk membolehkan IMF memberikan ‘pinjaman’ tetapi pada masa yang sama menguasai dan menjarah kesemua syarikat-syarikat besar negara pada tahun 1997.
Petualangan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh SUARAM sebenarnya merupakan dosa terbesar kepada rakyat Malaysia. Seandainya SUARAM terus dibiarkan, rakyat Malaysia akan lebih menderita berbanding dengan tohmahan-tohmahan yang mereka lemparkan kepada kerajaan dan Najib Abdul Razak sekarang.
Posted from WordPress for Android

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]