Monday, September 24, 2012

SUARAM : ISU POLITIK ATAU KESELAMATAN ?


Cabang pembangkang burukkan kerajaan

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) disifatkan sebagai antara 'cabang' pembangkang atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.


Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (gambar) berkata, pertubuhan tidak berdaftar itu juga tidak pernah mengamalkan ketelusan dan kebebasan serta tidak pernah berjuang menegakkan hak asasi manusia seperti dilaung-laungkan.

"Suaram hanya berjuang untuk kepentingan pembangkang termasuk ke arah penubuhan sebuah negara republik dan pemikiran liberal.

"Mereka juga tidak hanya mahu memansuhkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam, malah sebarang perkara yang ada kaitan dengan ajaran Islam dan budaya orang Melayu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kontroversi berkaitan Suaram yang dipertikaikan banyak pihak ketika ini kerana didakwa cenderung menyokong agenda pembangkang selain turut terlibat secara aktif dalam program anjuran pembangkang.

Menurut Lum Yong, hakikat Suaram berpaksikan kepada pembangkang dapat dilihat dengan jelas apabila hampir keseluruhan penggerak pertubuhan itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan aktivis propembangkang.

Mereka katanya, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang; R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel yang dilantik kerajaan PKR Selangor sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut beliau, Suaram juga tidak mempunyai bukti kukuh dalam mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembelian kapal selam Scorpene serta penglibatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

"Tetapi kita mempunyai bukti Suaram sebenarnya tidak bertindak sebagai sebuah pertubuhan bebas dalam isu ini sebaliknya menjadi tangan ghaib kepada pembangkang untuk memalukan negara dan menjatuhkan kerajaan," katanya.

DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA 23/09/2012

Peguam dari Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan saman pemula ke atas syarikat pembuat kapal selam Scorpene iaitu DCNS dipercayai turut dibiayai menerusi dana asing yang diterima pertubuhan tidak berdaftar itu.

Menurut sumber, peguam itu dipercayai dibiayai Suaram menerusi sebahagian dana asing berjumlah RM2.4 juta yang diterima Suaram sepanjang 2005 hingga 2011 seperti yang didedahkan oleh akhbar semalam.
Ia termasuk RM1.6 juta yang diterima Suaram daripada National Endowment for Democracy (NED) iaitu pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman.

Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835 sepanjang tempoh sama.

"Kesemua dana itu disalurkan kepada Suaram menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) dan dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong," kata sumber itu.

Pada 2009, Suaram melancarkan saman pemula ke atas DCNS atas dakwaan terlibat dalam rasuah pasif serta aktif dalam penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Tindakan Suaram itu mengejutkan banyak pihak kerana ia dilihat percubaan memalukan negara kepada masyarakat antarabangsa selain menimbulkan persoalan bagaimana Suaram sebagai sebuah pertubuhan mampu membiayai kos guaman saman tersebut.

Bagaimanapun Suaram kemudiannya merancang beberapa aktiviti kutipan derma dalam kempen bersepadu di ibu negara dan Pulau Pinang bagi mengumpul dana untuk menghadapi kes itu di mahkamah Perancis.

Namun tindakan Suaram itu dikecam kerana didakwa cuba mengalih perhatian berhubung sumber sebenar dana yang membolehkan pertubuhan tersebut memulakan saman berkenaan sekali gus membawa kepada penyiasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika ini.

Sebelum ini, Suaram sering 'menyerang' Kementerian Pertahanan dengan fakta palsu seperti ditulis Kia Soong menerusi buku yang sarat dengan pembohongan iaitu Questioning Arms Spending in Malaysia'.

Suaram juga berulang kali menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dalam isu pembelian kapal selam Scorpene tersebut.

Malah Suaram turut mendakwa Najib sudah diarahkan tampil di mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan namun sepina itu tidak wujud sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, sumber itu mendakwa, Suaram dan NGO lain yang menerima dana asing itu dikatakan akan membuat laporan kepada pihak tertentu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]