Thursday, October 23, 2008

Bajet 2009 Selangor : Rakyat Sekali Lagi Diberi Umpan Palsu?


Posted on Tuesday, October 21 @ 18:00:04 MYT
Shah Alam -- Kerajaan Selangor pakatan pembangkang digesa agar tidak terus mengumpan janji kosong kepada rakyat khususnya golongan muda dalam Bajet 2009 yang dibentangkan semalam.
Sambil menyifatkan Bajet 2009 Selangor sebagai cukup keliru dan tidak jelas, Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Faizal Abdullah mahu kerajaan negeri pakatan rakyat mencontohi bajet kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberikan pendekatan secara terperinci terhadap apa jua cadangan yang dibentangkan.
Menurut beliau sewajarnya kerajaan negeri memberikan butiran lengkap bentuk pendekatan yang akan diambil untuk meningkatkan ekonomi Pemuda daripada RM1,500 kepada RM3,000 .
"Jangan beri harapan palsu kepada golongan muda. Cukuplah dengan janji-janji kosong mereka pada pilihanraya umum lalu.
"Bajet bukan sekadar cakap kosong, sekadar sebut angka tanpa nyatakan pendekatan yang akan diambil. Bajet ini cukuk keliru dan tidak jelas", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Semalam, kerajaan Selangor membentangkan Bajet 2009 yang antara lain memberi penekanan untuk meningkat tahap pendapatan golongan pemuda daripada RM1,500 kepada RM3,000.
Faizal seterusnya berkata, berbanding kerajaan BN segala cadangan disusuli dengan pendekatan yang terperinci.
"Sebagai contoh, untuk membangunkan golongan usahawan kecil dan sederhana, kerajaan menyediakan Yayasan Tekun dan agensi berkaitan lain untuk memastikan cadangan berkenaan dapat dinikmati oleh mereka yang menceburinya.
"Inilah yang kita mahukan. Kita katakan begitu bukanlah kerana faktor politik tetapi bercakap atas dasar ekonomi", ujarnya.

1 comment:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]