Posted on Sunday, November 09 @ 22:50:26 MYT Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Husssein menyeru seluruh ahli khususnya Pemuda untuk kembali kepada asas-asas perjuangan UMNO dengan menolak politik wang. Ini kerana jelas beliau apa yang akan ditentukan oleh UMNO pada bulan Mac ini bukan sahaja untuk masa depan UMNO tetapi negara. "Rakyat di luar sana sedang memerhati, kita mesti buktikan hal yang digembar-gemburkan ini (politik wang) hanya kerana segelintir ahli-ahli kita. Majoriti dari kalangan mereka berdisiplin, beridealisme dan mempunyai jati diri yang tinggi. "Sungguhnpun ada di antara kita yang berlainan fikiran. fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat, tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. UMNO tegas beliau lagi adalah payung politik kepada bangsa Melayu, jadi UMNO dan ahli-ahlinya perlu menjadi teladan terbaik kepada bangsa dan rakyat. Tambahnya para perwakilan harus meletakkan fokus kepada pemilihan bulan Mac ini untuk melakukan pemulihan kerana hanya itu sahaja yang dapat menggagalkan percubaan politik wang. "Mac ini sahajalah medan terbaik untuk menentukan yang terbaik untuk parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini. "Semalam, saya mengarahkan Pemuda UMNO Johor, Ketua-ketua Pemuda Bahagian, Naib-naib Ketua Pemuda Bahagian dan perwakilan bermesyuarat. Alhamdulilah setakat hari ini, Pemuda Johor padu, memahami harapan saya dan amanah yang diletakkan di atas bahu setiap mereka yang sekarang ini dilihat pemimpin. "Ingatlah nasib parti, bangsa dan agama, berdirilah di atas bumi yang nyata, janganlah melihat pemilihan ini hanya di dalam konteks sementara dan bermusim", ujarnya. Beliau berkata lanskap politik hari ini menuntut kepimpinan yang betul-betul ikhlas, jujur dan yang sangat sayang kepada bangsa dan partinya. "Negeri kedua yang saya sudah arahkan membuat mesyuarat yang sama ialah Sabah. "Kita akan terus mendekati para perwakilan supaya apabila mereka membuat pemilihan pada bulan Mac ini, mereka sudah dibekalkan dengan semua maklumat aspirasi parti dan rakyat. "....dan semangat dan hubungan yang begitu erat supaya mereka boleh membuat keputusan yang tepat mengenai jawatan Ketua, Naib dan Exco-exco Pemuda Malaysia yang akan memimpin mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-13", katanya. |
Sunday, November 23, 2008
Ahli UMNO Diseru Kembali Kepada Asas Perjuangan, Tolak Politik Wang
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment