Sdr Editor! Jika mahu dibuat perbandingan, ternyata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya cukup licik memperlihatkan gaya pemerintahan yang semacam telus, adil dan membela rakyat terutama terhadap orang Melayu. Lihat sahaja tindakannya yang menyertai perarakan Maulidur Rasul sehingga ada yang menyamakannya seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau sendiri turut mengumumkan kenaikan elaun guru-guru KAFA sebanyak RM50.00 yang memperlihatkan betapa dia begitu prihatin kepada rakyat kaum Melayu. Malah beliau juga tidak terikut-ikut dengan nada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang terang-terang cuba menidakkan hak-hak orang Melayu. Mungkin bagi Guan Eng kata-kata tidak penting tetapi tindakan secara halus perlu digunakan bagi mempertahankan satu-satunya kuasa pemerintahan negeri yang diperolehi DAP secara langsung. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang dikuasai dan dipimpin secara terus oleh DAP berbanding Perak dan Selangor di mana DAP hanya menguasai secara di belakang tabir. Guan setakat ini terus memperagakan dirinya sebagai pemimpin yang telus dan amanah lebih-lebih lagi menerusi tindakan populisnya seperti memotong bajet untuk pemimpin dan pegawai kerajaan negeri seperti menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan tidak menginap di hotel mewah. Namun apakah benar-benar Guan Eng ikhlas atau sekadar satu tindakan licik sebagai pemain permainan dam haji handalan…..umpan lawan makan satu tapi dia makan empat. Terbaru Guan Eng mengumumkan operasi lapan ladang ternakan babi di kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Maung akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini. Penutupan itu melibatkan lapan ladang yang mana operasinya dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini. Untuk itu semua penternak akan diberi pampasan. Ini berbeza dengan pemerintahan di Selangor yang diketuai pemimpin Melayu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim yang mana sebaik sahaja memerintah mengumumkan ladang babi mega di negeri itu. Lihat betapa bijaknya Guan Eng. Dengan penutupan ladang babi di Pulau Pinang, Guan Eng bukan sahaja dilihat prihatin dengan orang Melayu tetapi pada masa yang sama telah menyelamatkan negeri yang majoriti kaum Cina itu terhindar dari pencemaran babi. Inilah yang dikatakan umpan satu makan empat dalam permainan dam haji. Yang kurang diberi perhatian oleh orang Melayu ialah kenapa Guan Eng enggan menyatakan jumlah pampasan yang akan diterima setiap penternak yang mana lading babinya ditutup di Batu Maung. Kalau Guan Eng mengatakan pemerintahannya telus kenapa beliau harus sembunyikan nilai pampasan tersebut. Di sinilah bijaknya Guan Eng yang ramai rakyat khususnya orang Melayu terlepas pandang. Asraf Bukit Gelugor Sumber: http://www.pemudaumno.org.my |
Monday, November 24, 2008
Guan Eng Licik Bagi Satu Makan Empat
Label:
PEMUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
1 comment:
PERCUBAAN KE 2 UNTUK KOMEN
Post a Comment