Saturday, February 21, 2009

10 aduan salah guna kuasa






IPOH: Polis Perak mengesahkan menerima 10 laporan polis berhubung isu penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang oleh Speaker DUN Perak, S Sivakumar.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata lapan daripada laporan dibuat di Perak dan dua di negeri lain.
"Selepas laporan diteliti, kes akan disiasat mengikut Seksyen 124/120 (B) Kanun Keseksaan.
"Polis akan memanggil beberapa saksi untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Dalam perkembangan sama, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Perak menyifatkan tindakan Sivakumar menyalahguna kuasa dan menyanggah titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mencipta sejarah tersendiri di Perak kerana belum pernah Speaker DUN berkelakuan sedemikian.
Presidennya, Osman Abu Bakar, berkata tindakan Speaker DUN itu menunjukkan kebiadapan dan penderhakaan yang tidak wajar dimaafkan kerana sebagai rakyat Malaysia khususnya penduduk Perak, perbuatan Sivakumar melampaui batas.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]