PULAU PINANG 20 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400. Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini: * Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai. * SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut. * Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. * Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan. * Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban. |
Saturday, February 21, 2009
SPRM ada bukti kukuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment