Saturday, February 21, 2009

SPRM nafi dakwaan tak siasat bekas MB






GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ia tidak bertindak terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid, yang didakwa cuba merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat, tahun lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai boleh menjejaskan siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menjelaskan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Serentak itu, beliau menegaskan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan kerana mendakwa mempunyai bukti bagi kes terbabit.



Beliau turut menempelak Anwar yang menyebarkan berita tidak betul dengan menuduh pegawai SPRM yang menyiasat kes itu ditukar sedangkan pegawai berkenaan masih berkhidmat di Pulau Pinang.

"Jika ada maklumat tambahan, jumpa kami. Jangan bising dan dedahkan kerana ia akan memusnahkan bukti dan keterangan yang ada.

"Benda (dakwaan) itu tidak masak lagi, tengah berlaku. Kita sedang siasat dan awak (Anwar) kata itu dan ini. Ini menjejaskan kes (siasatan)," katanya selepas majlis pecah tanah bangunan perumahan SPRM Pulau Pinang di sini, semalam.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]