Saturday, February 7, 2009

Kerajaan Perak Tumbang Angkara Strategi Kotor Anwar


Ipoh -- Hakikat yang perlu diterima oleh kerajaan pakatan rakyat, tumbangnya mereka di Perak adalah hasil kesedaran wakil rakyat mereka sendiri terhadap kepincangan pucuk pimpinan parti berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, YB Zainol Fadzi Paharuddin berkata kesedaran itu menyebabkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

"Hakikatnya ketiga-tiga Adun iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada DAP tidak melompat parti tetapi isytihar Bebas dan nyatakan sokongan terhadap BN.

"Justeru tidak ada Adun yang melompat Parti di negeri itu dalam usaha penubuhan kerajaan baru seperti yg diwar-warkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat sebelum ini", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Anwar sejurus pilihan raya umum lalu menyatakan bahawa Pakatan Rakyat bakal mengambil alih kerajaan pusat dalam tempoh terdekat dengan meletakkan sasaran 16 September. Namun, sehingga hari ini usaha berkenaan tidak berhasil.

Malah Anwar juga sebelum ini mengalu-alukan tindakan lompat parti ADUN Bota, Datuk Nasharuddin Hashim ke PKR yang dianggapnya sebagai tindakan bijak yang demokratik.

Zainol yang juga Adun Sg Manik seterusnya berkata cara yang digunakan dan diusahakan oleh Anwar telah memakan diri mereka sendiri.

"Kita sedar cara yang dilakukan Anwar ditentang hebat penyokong mereka sendiri di Perak.

"Ini merupakan tentangan terbuka mereka terhadap Anwar Ibrahim sendiri yang cuba menghalalkan cara mengambil alih kerajaan pusat dengan menarik Ahli Parlimen BN melompat parti", ujarnya.

Sumber dari
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8283

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]