Saturday, February 7, 2009

Politik Di Perak Buat Tiga Negeri Pembangkang Terus Goyah


Kluang -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkembangan politik yang terbaru di Perak tidak mustahil akan menular ke negeri-negeri lain yang dikuasai pembangkang.

Ini kerana katanya, trend rakyat yang sedar tentang kejujuran dan keikhlasan BN dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.

"Situasi terkini politik yang berlaku di Perak tidak mustahil boleh menular ke tiga negeri lain yang masih dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Justeru setiap anggota dan pemimpin BN Perak agar memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut", katanya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Semberong di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Paloh di sini, Khamis malam.

Tegas beliau lagi, Wakil-wakil rakyat BN perlu mendekati rakyat dan belajar daripada kesilapan yang berlaku serta mengatasi segala kekurangan yang dihadapi.

BN kini kembali memerintah Perak setelah tiga ADUN pakatan pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kini menjadi wakil rakyat bebas adn menyokong penubuhan kerajaan yang ditunjangi BN.

Jamaluddin dan Mohd. Osman sebelum ini mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Yit Foong merupakan wakil rakyat DAP.

Selain itu, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada UMNO.

sumber dari
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8280

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]