Kuala Lumpur –- Satu majlis cabutan nombor calon pemilihan semua sayap UMNO untuk tahun 2008 akan diadakan pada 24 Februari ini di Dewan Tun Hussein Onn, jam 2.30 petang, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sehubungan itu, calon atau wakil calon dijemput untuk menghadiri majlis cabutan tersebut yang membabitkan semua jawatan yang dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Naib Ketua dan Exco. Bagi Pemuda UMNO, jawatan Pengerusi Tetap menyakikan enam calon akan bertanding manakala manakala Timbalan Pengerusi Tetap pula, seramai 12 calon melepasi had kelayakan yang ditetapkan oleh parti. Untuk jawatan Ketua Pemuda pula, seramai tiga calon akan menawarkan diri, iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Sdr Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Datuk Reezal Merican Naina Merican dengan Datuk Razali Ibrahim. Seterusnya untuk jawatan Exco Pemuda UMNO pusat, seramai 112 calon layak bertanding bagi mengisi 20 tempat info dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8322 |
Friday, February 20, 2009
Majlis Cabutan Nombor Calon Pemilihan Pemuda UMNO 24 Februari Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment