Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO menyifatkan cadangan pemansuhan ekuiti 30 peratus Bumiputera di dalam sektor pengangkutan oleh Menteri terbabit, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam tidak wajar dan menganggap ianya pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi Kementerian. Pengerusi Biro Ekonominya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata kenyataan tersebut yang dilontarkan di dalam majlis 'parti politik' itu bukanlah satu kenyataan yang tepat dan sewajarnya dinyatakan di dalam ruang dan platform yang betul. Menurut beliau serangan berterusan terhadap 'milikan ekuiti sebagai asas hambatan persaingan global' adalah sesuatu yang tidak benar kerana punca kepada masalah tersebut adalah soal 'persepsi'. "Ekuiti terlalu digambarkan sebagai 'bantuan', dan bukannya bersifat 'kerjasama keusahawanan tulin'. Ong Tee Keat dan pemimpin yang gemar memainkan isu ekuiti ini, perlu sedar bahawa orang Melayu mahu memiliki ekuiti sebagai 'rakan kerjasama tulin', dan bukannya 'sleeping-partner' lagi. "Isu ekuiti tidak perlu diperbesarkan. Fokus dan perhatian Ong Tee Keat adalah memastikan 'delivery' kepada sistem pengangkutan itu dapat diperbaiki. Masyarakat, pada norma asasnya, tidak melihat kepada ekuiti sebagai faktor utama sebaliknya mendahulukan kecekapan sistem penyampaian", katanya dalam satu kenyataan media kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, cadangan pemansuhan sistem tersebut bertujuan untuk meningkatkan daya saing sektor tersebut bagi membolehkan pengusaha tempatan bersaing secara terbuka dalam suasana ekonomi liberal hari ini. Tegas Reezal lagi, fokus dan perhatian Menteri Pengangkutan sewajarnya memberi tumpuan kepada soal kecekapan sistem pengangkutan secara keseluruhannya termasuk mencari jalan keluar bagaimana membentuk sistem pengangkutan yang terbaik untuk negara. Ini katanya termasuk soal membentuk 'sinergi' kepada pengangkutan awam, khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Pulau Pinang. "Menteri Pengangkutan sewajarnya lebih kerap merasai penderitaan rakyat yang terpaksa bersesak-sesak setiap pagi dan petang semata-mata untuk berulang-alik ke tempat kerja. "Persoalan yang ada dalam minda rakyat bukan ekuiti tetapi bila dan bagaimana seorang Menteri Pengangkutan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini",ujarnya. Tegas beliau kenyataan bersifat 'politikal' dan menjurus ke arah menepati hasrat 'usahawan, pelobi dan peniaga' seperti ini adalah tidak dialu-alukan langsung. "Sudah tiba masanya, kita melihat kepada isu secara total dan tidak gemar mengambil jalan pintas untuk memuaskan hati sebahagian kecil yang mempunyai kepentingan peribadi yang sempit", katanya. info dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8323 |
Friday, February 20, 2009
Pemuda Bantah Cadangan Mansuh Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Pengangkutan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment