Pulau Pinang –- Pemuda UMNO negeri ini yakin Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya mempunyai bukti kukuh berhubung kenyataannya mengenai penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri. Justeru Ketua Pemudanya, Datuk Abdul Salim Bari menyatakan sokongan yang tidak berbelah kepada Yang Dipertua MAINPP kerana berani membuat pendedahan demi kepentingan agama Islam di negara ini. Tegas beliau agama Islam yang merupakan agama rasmi negara dan termaktub di dalam Perlembagaan perlu dipelihara agar ianya tidak mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak khususnya mereka yang berhajat untuk menyamaratakan dengan agama-agama lain. "Jika pendedahan itu terbukti benar, kita Pemuda negeri membantah sekeras-kerasnya dan kita cukup tegas dalam soal ini. Pemuda Pulau Pinang tidak mahu mana-mana pihak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. "Dan kita tidak menghalang kebebasan beragama, namun agama lain perlu menghormati kedudukan agama Islam itu sendiri sebagai agama rasmi", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berhubung penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri semalam. Namun hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan perkara itu dan dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shabudin dan Utusan Malaysia. Salim seterusnya meminta pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan dan jika ianya benar-benar wujud, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingi berlaku. "Isu ini jika tidak ditangani dengan betul dikhuatiri akan membangkitkan sentimen keagamaan. Sebab itulah kita minta pihak berkuasa menyiasat segera agar keamanan terus terpelihara untuk kepentingan semua pihak", ujarnya |
Wednesday, February 25, 2009
Majlis Perundingan Antara Agama : Pemuda Yakin Shabudin Ada Bukti Kukuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
1 comment:
orang pas x nak komen ker???
atau x berani
Post a Comment