Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh, berhubung tuduhannya bahawa pergerakan itu bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol baru-baru ini. Naib Ketua Pemudanya, Y" Khairy Jamaluddin berkata tuduhan tersebut adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia. Tegasnya, perkataan celupar, kesat dan "unparliamentary" yang diguna itu membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dan kualiti. "DAP sering membangkitkan isu 'Parlimen kelas atau tahap dunia pertama'. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Karpal tambah beliau lagi sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. "Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. "Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan", ujarnya. Pemuda katanya tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. "Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal. "Kita sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah", katanya. Sebagai seorang peguam terkenal tegasnya Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pada masa yang sama Pemuda UMNO juga kata belau lagi mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini. "Kita mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. "Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan", ujarnya. |
Thursday, February 26, 2009
Kirim Peluru : Pemuda Kecam, Cabar Karpal Kemukakan Bukti Dalam 24 Jam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment