Alor Star –- Pemuda UMNO Kedah mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengenalpasti pemimpin kerajaan negeri berkenaan yang dikatakan menghina Sultan negeri terbabit baru-baru ini. Setiausahanya, Haris Che Mat berkata dakwaan tersebut perlu disiasat segera agar intitusi Sultan terus terpelihara dan tidak dipandang rendah olah mana-mana pihak. Menurut beliau kenyataan menghina Sultan itu telah dihantar oleh seseorang menerusi surat yang diterima di rumahnya Isnin lalu melalui pos. "Surat tersebut memaklumkan butir percakapan pemimpin berkenaan dengan seorang pegawai kanan kerajaan negeri, baru-baru ini. "Antara kata-kata kesat itu 'Bila raja hangpa nak mati, senang kami nak uruskan negeri ini,' Itulah antara kata-kata derhaka yang saya terima menerusi surat berkenaan. Ini tidak sepatutnya diluahkan. Sebab itulah kita minta pihak berkuasa menyisat kebenaran dakwaan ini", katanya. Selain menghina Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, pemimpin berkenaan turut didakwa mencerca Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak dengan kenyataan yang mengaitkan nama beberapa pegawai tertinggi dalam pentadbiran negeri Kedah. Pemimpin terbabit didakwa ‘bengang’ kerana Menteri Besar mengikut telunjuk tiga ‘ekor’ iaitu Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri. Tambah Haris lagi, surat yang tidak mempunyai tanda tangan, nama serta alamat pengirim itu jelas menunjukkan satu tindakan biadap menghina Sultan Kedah serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang kedaulatan rakyat negara ini. "Kita mintalah pihak berkuasa menyiasat segera kebenaran dakwaan ini dan jika benar, Pemuda Kedah tidak akan berdiam diri bagi mempertahankan institusi Kesulatanan yang menjadi payung kepada seluruh rakyat", ujarnya. |
Thursday, February 26, 2009
Pemuda Kedah Minta Siasat Pemimpin Hina Sultan, Menteri Besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment