Ipoh -- "Cukup melucukan", itulah pandangan beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak apabila diminta mengulas tindakan terbaru bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mahu memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin bagi membuktikan beliau masih sah sebagai Menteri Besar. Menurut mereka selepas menggantung tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) secara tidak sah, Pakatan Rakyat kini cuba membuat taktik kotor mengadakan sidang khas bagi membolehkan Adun BN atau Pakatan Rakyat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar. "Ini cukup melucukan. Mereka (Pakatan Rakyat) gantung tujuh orang ADUN BN tanpa sebab selepas itu mahu membuat undi tidak percaya. Hakikatnya mereka patut membenarkan semua ADUN hadir dan lihat sama dia (Nizar) dapat undi majoriti atau tidak. "Nampaknya Nizar betul-betul kemaruk kuasa. Dia sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamatnya", demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Batu Gajah, Ahmad Kamal Datuk Mohd Yusof. Jelasnya Nizar terpaksa membuat taktik seperti ini kerana tahu dia sudah tidak mendapat lagi sokongan majoriti. Bagi Mohd Shahril Yahya, Ketua Pemuda UMNO Lumut pula berpendapat Nizar sebenarnya hanya menjadi alat DAP untuk memastikan parti itu terus berkuasa di Perak. Tegasnya DAP adalah teraju permainan politik di Perak di mana Nizar hanyalah boneka yang akan mengikut apa sahaja telunjuk DAP. "Rakyat di negeri ini sebenarnya simpati dengan nasib Nizar yang menjadi alat DAP. "Dia mungkin tahu dia sudah tidak dapat sokongan majoriti tetapi dia tidak berdaya untuk menentang arahan rakan pakatannya untuk melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa", ujarnya. Beliau seterusnya yakin rakyat khususnya di negeri ini sudah dapat menilai wajah sebenar pakatan rakyat khususnya bekas Menteri Besar mereka dahulu. Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Zainuluddin Helmi Baharuddin pula berpendapat segala usaha pakatan pembangkang ketika ini hanyalah untuk menutup malu. Dulu katanya pembangkang cukup ghairah untuk menubuhkan kerajaan ikut pintu belakang sehingga sanggup menghantar rombongan ke Taiwan untuk memancing penyertaan 30 wakil rakyat BN bagi merealisasikan Misi 16 September. Namun jelas beliau usaha pembangkang itu tidak menjadi sebaliknya wakil rakyat mereka pula yang beralih haluan. "Keadaan ini cukup memalukan mereka. Untuk tutup malu mereka bukan sahaja menyalahkan BN malah sanggup lakukan apa sahaja termasuk derhaka kepada Sultan. "Jelas ketika ini bermacam-macam cara digunakan walaupun ia kelihatan lucu dan pelik", katanya. Justeru kata beliau lagi tindakan terbaru pakatan pembangkang menggantung ADUN BN dan memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas DUN secepat mungkin adalah satu misi terbaru mereka untuk menutup malu. |
Tuesday, February 24, 2009
Mohon Sidang Khas DUN : Nizar Buat Cerita Lucu Lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
8 comments:
Hoi,
Yang lucunya UMNONOMORE, muka hang pun lucu. Yang derhaka kat raja UMNO juga, yang korup UMNO juga. Yang jijik pengikut UMNO. Yang buta, pekak dan bisu pun UMNO juga. Spesisi UMNO mesti dikuburkan. UMNO tui!!!!
UMNO ada paham ke perlembagaan dan undang2 Tubuh negeri Perak? Patutlah nak ke london, masih bersekolah lg rupanya. tapi sembang deras mcm dah khatam. kena buat homework dulu sblm buat kenyataan. Mungkin boleh buat ranjau kat dunia, di akhirat, mahkamah agong Allah yg tentukan. Augustine Paul pun kena jugak. Tak boleh lari. Bertaubatlah, jgn bersubahat.
Lucu ke tak lucu ke, biar mahkamah buat keputusan, lg pun cakap byk pun tak ke mana. Hakim jugak yg kena buat keputusan. Hakim pulak tak berani nak buat keputusan sbb takut bias pulak. Mcm-mcm lah dengan dunia Malaysia ni. Apapun boleh...pening.
UMNO semakin jd parti sekolah pondok (bukan sekolah agama tp besi buruk). PAS semakin terserlah dengan professionalisme dan maju ke depan. Nampaknya UMNO kena belajar lebih byk perkara. Kalau asyik dok bodoh sombong, UMNO hanya layak jadi parti pembangkang utk 10-20 thn akan datang. Itu pun kalau cuba untuk reformasi utk perubahan secara jujur.
mangkok hayun...UMNO
BERDEBAT LAH SECARA PROFISIONAL...LETAKAN NAMA ANDA BUKANNYA BERSELINDUNG DAN BUKAN SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG...
Jwp.alhamdulilah terima kasih di ats nasihat anda insallah kita akan berubah dari mangkok hayun yg penting kita semua sudah menunjukan perubahan dimana kita hidup aman & damai 50 th yg lepas yg penting kita semua tak kebuluran mcm negara jiran kita sampaikan hari ini makin ramai rakyat dari luar negara yg nak berkerja di negara kita.moga tomahan yg dilimpahkan kepada parti yg ditinggalkan oleh nenek moyang kita,mendapat keberkatannya.sehingga sekarang.iklaslah & jujurlah demi agama bangsa & negara
nak maki mangkuk hayun ker aper ker
itu ko punya pasal...
aku tetap berjuang untuk bangsa melayu dan agama islam...
pembetulan...jadi parti pembangkang 10-20 tahun lagik????
mustshil selagi kami pemuda umno masih berpijak di bumi malaysia ini
insyallah...
Post a Comment