Monday, February 23, 2009

Rakyat Perlu ‘Selamatkan Negara Kita, Pilih BN’






KUALA LUMPUR – Teka-teki berkaitan tarikh pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang berakhir apabila Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa ia akan diadakan serentak pada 7 April ini yang secara tidak langsung akan membawa dimensi baru kepada arus politik negara.

Sememangnya senario kemelut politik Negeri Perak belum berakhir dan ini ditambah pula dengan adanya pilihan raya kecil yang secara kebetulan melibatkan Parlimen Bukit Gantang iaitu kawasan yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Begitu juga dengan pentadbiran kerajaan parti campuran di Kedah yang dikatakan semakin bercelaru berikutan kepercayaan rakyat termasuklah dikalangan pemimpinnya sendiri sudah hilang kepercayaan kepada pihak kerajaan Negeri.

Untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, tentunya, bukan sahaja persoalan calon memainkan peranan penting ketika ini. Lebih-lebih lagi apabila rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, di kedua-dua kawasan terbabit sedang berdepan dengan situasi ‘kegawatan politik’ yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bagi pihak pembangkang, tentunya tidak dapat lari daripada isu derhaka kepada Sultan, lompat parti dan etika serta moral apatah lagi apabila Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang enggan menyerahkan kuasa ditolak untuk dijadikan calon di kawasan terbabit oleh PAS sedangkan DAP mencadangkan namanya.

Begitu juga di Kedah yang turut ‘bergelut’ dengan pelbagai penyelesaiaan isu membabitkan kerajaan tempatan dengan masyarakat setempat termasuklah bekas Adun di Bukit Selambau sendiri.

Dalam menghadapi landskap politik negara yang telah pun berubah, Ibu Pejabat UMNO sudah bersedia untuk ‘bertempur’ dengan keyakinan yang kukuh untuk menawan kembali kedua-dua kawasan yang telah jatuh ke tangan pembangkang.

Biarpun tarikh penamaan calon dijadualkan sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2008 iaitu 29 Mac, namun Ibu Pejabat tetap positif kerana semua perancangan telah pun dilakukan dengan terperinci.

Walaupun PAS berjaya menawan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai DUN Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, namun tiada pembaharuan yang dibawa bersama sebaliknya pelbagai kekecohan pula yang berlaku.

Hampir setahun berlalu, penduduk sedar dan mula membangkitkan persoalan tentang pembangunan, hanya setelah memilih calon yang disangkakan pada awalnya adalah ‘berjiwa rakyat’.

Dalam hal tersebut, difahamkan beberapa pemimpin dan penduduk tempatan di Bukit Gantang yang ditemui juga melahirkan nada yang sama. Malah, mereka tidak mahu lagi ‘mengorbankan’ kerusi untuk orang luar kerana mereka sedar orang luar itu tidak faham kehendak dan keperluan penduduk tempatan.

Sehubungan itu, pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada para pengundi tempatan untuk menolak ketidakadilan pentadbiran pakatan campuran dengan memilih parti yang akan ‘Selamatkan Negara Kita, Pilih BN’.


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]